Penjelasan Saintifik Di Sebalik Cut Inside And Shot Arjen Robben

Arjen Robben dan pintasan masuk (cut inside) ibarat satu kisah matahari menerangi bumi. Ia sudah biasa dan korang akan tahu ianya akan muncul di sebelah pagi.

Sehinggakan anda kerap mendengar banter yang feel good ke atas keupayaan luar biasa pemain ini.

Ramai pertahanan tahu yang Robben akan melakukan pintasan masuk tersebut tetapi kenapa sehingga ke hari beliau bersara, Robben masih mampu melakukan gol daripada rutin yang sama?

Ni pun masih dia cut inside sebab gian

Kajian Sains ke atas keupayaan luar biasa Robben

Pada 2010, satu kajian telah dijalankan oleh beberapa saintis untuk menjelaskan tentang ancaman Arjen Robben dengan rutin pintasan masuk ini.

Semua bek sisi memang benci pemain sayap songsang. Namun kebencian itu akan bercampur kegerunan apabila orang itu adalah Arjen Robben.

Pemain sayap songsang ataupun inverted winger , adalah pemain yang berada di posisi songsang dengan kaki utama.

Salah satu sebab bek sisi benci kepada pemain sayap songsang adalah kerana kerana cut inside yang membuatkan meraka terhad kemampuan untuk melakukan bentesan dengan dengan kaki utama.

Kemahiran dan kepantasan

Pintasan masuk ini adalah pertukaran arah segera yang membuatkan bek sisi perlu segera menukar gerakan dan arah mereka. Mereka ditewaskan oleh manipulasi pemain sayap songsang.

Teknik Arjen Robben membuatkan dia sukar untuk dibentes dan dia boleh mengacah lebih lama untuk mencari ruang dan masa yang sesuai.

Ancaman Robben bahaya kerana kelajuan dan keupayaan beliau melakukan sentuhan bola yang luar biasa.

Pada Piala Dunia 2014, Robben mencatatkan 37km/j pada usia 30 tahun. Ia satu kelajuan yang dibenci mana-mana pertahanan.

Minda di bawah sedar

Minda di bawah sedar/unconscious mind adalah merujuk kepada perilaku kita yang didorong oleh satu perasaan tanpa kita sedari.

Kita mungkin menyebut ia tindakan spontan dan semulajadi. Ia bukan subconscious (separa sedar), ia adalah unconscious mind ataupun minda tidak sedar, ada juga memanggilnya minda di bawah / tanpa sedar.

Laman verywell.com menjelaskan definisi ringkas tentang unconscious mind”

“Dalam teori psikoanalitik personaliti Freud, minda tidak sedar ialah satu takungan perasaan, pemikiran, mendesak, dan memori yang di luar kesedaran sedar kita.”

“Kebanyakan aspek dalam minda di bawah sedar kita adalah sesuatu yang tidak boleh diterima atau meresahkan. Seperti perasaan sakit, kecemasan, atau konflik.”

Ia hampir serupa dengan minda separa sedar kerana tindakan ini adalah diransang oleh memori yang tersimpan di dalam otak manusia.

Unconscious mind seperti kad memori memori internal anda yang menyimpan semua kenangan, pengalaman, kebiasaan, dan perilaku yang tersimpan sejak kita lahir.

Misalnya ingatan tentang makanan pertama yang kita makan, rakan baik kita semasa kecil, traumatik ketika kecil, serta kejadian yang membuatkan anda takut ketika kecil.

Memori ini agak sulit dan anda kadangkala memerah otak untuk mengingatinya. Misalnya, anda tiba-tiba terbayang satu wajah kawan anda masa kecil. Anda pula tidak tahu, siapakah namanya.

Minda tidak sedar ini adalah sumber data yang digunakan oleh minda separa sedar yang membentuk perilaku kita semua.

Saintis percaya 95% perilaku kita ditentukan oleh minda separa sedar. Minda sedar akan diserap masuk ke dalam diri kita dari hari kita lahir sehingga berusia 2 tahun.

Pada usia 2-10 tahun, minda separa sedar mulai meresap ke dalam diri anda untuk membentuk perlakuan.

Pada sekitar usia 7 tahun, minda tidak sedar kita akan mengunci data untuk membentuk minda tidak sedar.

Tindakan Robben dan minda di bawah sedar

Berdasarkan penjelasan di atas, Robben akan melakukan tindakan tersebut kerana ada satu desakan semulajadi yang dia sendiri tidak sedar dalam melakukan cut inside.

Seorang profesor bernama Shanti Ganesh, pakar dalam Sains Neuron Kognitif telah memberitahu, tindakan unconscious mind ini jauh lebih laju dan semulajadi berbanding dengan tindakan yang dirancang ataupun cuba diarahkan kepada otak.

Jadi, Robben melakukan perkara ini terlalu semulajadi.

Pertahanan tahu dia akan melakukan signature move ini tetapi masih gagal menghentikan beliau kerana tindakan semulajadi Robben seakan-akan tahu bila pertahanan akan membuka ruang berdasarkan perilaku pertahanan.

Lihat video di bawah ini. Dengan jelas pemain-pemain Arsenal ada struktur yang jelas untuk mengekang Robben. Tetapi satu tindakan pintasan masuk Robben terus menyingkirkan (eliminating) pemain-pemain di sekitar beliau.

Malah Wenger sendiri mengakui mereka ada pelan khas untuk mengekang Robben. Namun semakin dia terkepung, semakin ada satu tindakan spontan yang merangsang pergerakannya.

Ada pemain yang tracking dia. Namun kalau korang perasan, ketika tracker dia mahu melakukan challenge, terus keluar misil dia.

Robben seperti diransang satu tindakan ketika dia terkepung. Ini kerana memori beliau yang kuat dalam keadaan tersebut membuatkan beliau bertindak spontan.

Rumusan

Ianya bakat semulajadi dan ditajamkan lagi dengan rutin latihan serta melakukannya berkali-kali di alam praktikal (perlawanan).

Memanipulasi kaki lemah lawan dengan teknik serta kelajuan ditambah tindakan oleh minda tidak sedar membuatkan Robben sebenarnya pemain elit dalam bola sepak dunia.

Jom kita nikmati beberapa kompilasi dari rutin cut inside and shot oleh Robben dalam UCL.

Baca yang lain