Penulis ‘Bagaimana Cara Membunuh Suami Anda’ Dipenjara Kerana Membunuh Suaminya

Penulis esei  How To Murder Your Husband (Bagaimana Cara Membunuh Suami Kamu) Nancy Crampton Brophy, 71, dibicarakan atas pertuduhan membunuh suaminya di tempat kerja di Portland pada 4 tahun lalu.

Menurut hujah pendakwaraya, Crampton Brophy telah menembak suaminya Dan Brophy, 63, di Institut Kulinari Oregon – yang kini sudah ditutup.

Motif pembunuhan adalah untuk mendapatkan wang insurans nyawa suaminya.

Kes pembunuhan itu benar benar membuakan netizen membangkitkan kembali sebuah esei yang pernah ditulis oleh Crampton Brophy beberapa tahun sebelum dia membunuh suaminya.

Mereka menganggap esei itu benar benar ironi. Namun naskah itu tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai bahan bukti.

Dokumen siasatan menunjukkan bahawa rakaman kamera litar tertutup di lampu isyarat – yang merakan minivan dipandu Crampton bergerak keluar daripada institusi tempat suaminya bekerja, sebaik sahaja selepas tembakan itu dilepaskan dan meragut nyawa Dan Brophy.

Pihak pendakwaan mendakwa bahawa pasangan itu menghadapi masalah kewangan pada masa pembunuhan itu berlaku.

Dan dia telah membuat kajiannya sendiri tentang senjata api dan kemudian membeli senjata tersebut di atas talian secara haram. Dia membeli pistol Glock 17.

Peguam Crampton Brophy berhujah bahawa bukti pendakwaan adalah lemah, dan menyangkal dakwaan pasangan tersebut ada masalah kewangan.

Peguamnya juga menjemput orang lain untuk memberi keterangan tentang perkahwinan yang penuh kasih sayang dan bahagia pasangan itu.

Crampton Brophy juga tegas dalam kenyataan dan hujahnya, mendakwa bahawa dia dan suaminya telah membeli polisi insurans hayat sebagai sebahagian daripada pelan persaraan mereka dan mempunyai rancangan membayar hutang mereka sendiri.

Dia juga mendakwa bahawa penyelidikannya terhadap senjata tersebut adalah untuk novel yang akan dia terbitkan di masa depan. Selepas perbicaraan selama tujuh minggu, Nancy didapati bersalah atas pembunuhan tahap kedua pada 25 Mei.

Ternyata pistol yang dibelinya itu memang pistol yang sama digunakan untuk membunuh suaminya.

Mahkamah memutuskan untuk menghukum Crampton Brophy menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Ada juga yang menganjing Crampton menyatakan bahawa, dia cuma memberitahu cara membunuh suami dalam eseinya, dan tidak menulis untuk tidak ditangkap.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan