Penyokong Arsenal Bengang Dengan Komen Lacazette: “Saya Nak Main UCL”

Kapten Arsenal, Alexandre Lacazette sudah bersedia untuk meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat pada akhir musim ini.

Lacazette malah membuat kenyataan kontroversi dalam wawancaranya bersama siaran tv Perancis, Canal+, menyatakan bahawa dia mahu mencari kelab yang sah akan bermain di UCL pada musim hadapan.

Misi utama Lacazette adalah kembali beraksi dalam Liha Juara Juara Eropah. Di mana pemain berusia 30 tahun itu menegaskan dia benar benar merindui aksi di UCL.

Sejak menyertai Arsenal, Lacazette tidak pernah merasai aksi di pentas UCL.

Pasukannya Arsenal, masih begelut untuk mara ke UCL musim hadapan. 3 kekalahan dalam 3 perlawanan terakhir mereka membuatkan Arsenal membuang kelebihan yang mereka miliki sebelum ini untuk berada di 4 teratas.

Lacazette hanta menjaringkan 2 gol yang bukan dari gol penalti musim ini, telah menuai kritikan daripada peminat Arsenal. Sangat difahami kenapa peminat tak selesa dengan komen kapten mereka itu.

Jika Lacazette lebih tajam di hadapan gol, nasib Arsenal mungkin lebih baik musim ini. Malah ada yang menganggap Lacazette antara sebab utama Arsenal gagal ke UCL musim hadapan.

Seorang lagi peminat Arsenal berkata: “Malulah wei, kau tu penyerang dan tak skor sejak Januari, kemudian nak pergi ke kelab lain untuk menikmati hasil penat lelah orang lain? Dengan lilitan kapten yang ada pada kamu, pada saat saat genting pada musim ini, kamu masih boleh lagi memuntahkan kata kata seperti itu, menunjukkan betapa kau ni seorang yang tidak profesional.”

Penyokong Arsenal turut meminta Lacazette ingat bahawa mereka pun sebenarnya banyak bersabar dengan Lacazette yang sangat tak konsisten.

Malah ada peminat Arsenal sendiri mempersoalkan, pasukan elit eropah yuang mahu mahukan Lacazette?

Beberapa tahun lalu, Atletico Madrid sangat hampir mendapatkan Lacazatte pada 2017. Namun hasrat itu tak kesampaian apabila kelab itu dikenakan hukuman digantung daripada jendela perpindahan.

Lacazette kemudian meninggalkan kelab disokongnya dari kecil, Olympique Lyonnais untuk menyertai Arsenal.

Dan kini Atletico Madrid sekali lagi berpeluang mendapatkan pemain itu. Kali ini secara percuma.

Dengan corak permainan Simeone yang lebih defensif dan berasaskan serangan balas. Mungkin Lacazette tidak ada masalah untuk beraksi lebih baik di sana.

Di Arsenal dia diminta untuk bergerak lebih banyak untuk menekan lawan dalam high pressing dan tidak statik dalam kotak penalti.

Lagipun dalam beberapa musim kebelakangan ini, Simeone suka mendapatkan pemain yang sudah berada di fasa akhir karier mereka.

Kelab lama Lacazette, Lyon juga sangat berminat untuk membawa pulang bekas pemain bintang mereka itu.

Lyon malah yakin bahawa pemain itu akan kembali semula ke kelab mereka. Tetapi melihatkan situasi semasa, Lyon lebih tinggi risiko terlepas aksi UCL musim hadapan berbanding dengan Arsenal.

Arsenal masih ada peluang untuk ke UCL musim hadapan dengan harapan mereka akan menang kesemua baki perlawanan dan mengharapkan pasukan lain keciciran mata.

Arsenal bergelut untuk mendapatkan gol kerana tiada penyerang prolifik. Musim sebelum sebelum ini mereka ada Aubameyang. Namun pemain itu pun mulai bergelut dengan prestasi dan akhirnya dilepaskan kerana masalah disiplin.

Arsenal terlalu banyak membuang masa pada Dusan Vlahovic pada jendela perpindahan Januari. Mereka sedar mereka sangat perlukan penyerang. Namun kerana mereka terlalu membuang masa cuba mendapatkan pemain yang sebenarnya sudah mengadakan rundingan verbal dengan Juventus, ianya membuatkan Arsenal terlepas sasaran lalin.

Sepatutnya scouting team Arsenal sudah alert bahawa Vlahovic sudah mencapai kesepakatan verbal dengan Juve. Tapi mereka gagal mengesannya. Dan ejen Vlahovic sengaja mempermainkan Arsenal untuk menaikkan nilai pemain itu serta nilai gajinya.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah