Penyokong Arsenal Ini Dedahkan Kegilaan The Gunners Musim Ini

Seorang peminat Arsenal menerusi saluran reddit telah membentangkan betapa gilanya pasukan Arsenal musim ini.

Beliau menyatakan bahawa, musim ini Arsenal mengulangi polisi pelik menandatangani pemain cedera, sama seperti yang dilakukan ke atas Kim Kallstrom pada satu ketika dahulu.

Pemain itu adalah Cedric Soares yang ditandatangani dari Southampton secara pinjaman. Namun pemain itu cedera ketika ditandatangani dan tidak dapat beraksi.

Soares pulih ketika EPL berehat dek kerana pandemik. Namun selepas menjalani latihan beliau cedera balik dan disahkan tidak dapat bermain untuk beberapa minggu lagi.

Kesannya, Arsenal memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak pemain itu yang akan berakhir pada hujung bulan ini.

https://twitter.com/AMBC18496466/status/1274085034912354304

Dalam aksi berdepan Man City, Arsenal meletakkan David Luiz di bangku simpanan. Menurut Mikel Arteta, Luiz memang seharusnya tak bermain hari itu. Ini kerana beliau mahu memberikan pemain itu rehat – kerana fikiran Luiz memang bercelaru, memikirkan isu kontrak.

Malah selepas tamat perlawanan Luiz juga menyatakan beliau perlu membuat keputusan penting dalam kariernya, sambil meminta maaf di atas kesilapannya.

Namun di dalam aksi tersebut, Luiz terpaksa dimasukkan kerana Pablo Mari cedera. Luiz masuk, memberikan Sterling gol mudah pada separuh masa pertama. Dan dibuang padang pada separuh masa kedua – sambil memberikan penalti.

Pada hari ini Arsenal memiliki pemain yang menerima gaji paling tinggi iaitu Mesut Ozil. Namun sejak musim lalu lagi Ozil tidak dapat menjadi pemain kesebelasan utama.

Ketika Arsenal diambil alih Freddie Ljugberg selaku interim, peminat ingatkan akhirnya Ozil diberikan peluang menjadi pemain utama selepas gagal menjadi pemain utama di bawah Unai Emery.

Apa yang berlaku Ozil tetap bukan pemain utama yang konsisten. Dan dia mengamuk ketika dikeluarkan dalam satu perlawanan.

Skrip yang sama ketika Arteta mengambil alih. Peminat Arsenal ingatkan Ozil akhirnya akan menjadi pemain utama. Namun kini Arteta mengakui Ozil perlu meningkatkan lagi aspek permainannya dan fokus di dalam padang.

Kembali kepada beberapa tahun sebelum ini, Arsene Wenger perlu memilih antara Alexis Sanchez atau Mesut Ozil untuk menerima gaji £350,000 seminggu. Kerana menurut Wenger mustahil ada dua pemain lebih £300,000 seminggu dalam satu masa yang sama.

Lalu Wenger memilih Ozil, kerana pemain itu dianggap lebih penting kepada sistem.

Sebelum ini Unai Emery pernah melantik pemain yang kurang digemari penyokong iaitu Granit Xhaka – sebagai kapten.

Pemain yang memiliki reputasi kurang menyenangkan dari segi memberikan foul kepada lawan di kawasan bahaya. Namun Xhaka tetap menjadi kapten. Lebih menarik Unai Emery menyatakan Xhaka menjadi kapten selepas mereka melakukan satu sesi undian di antara pemain.

Apa yang berlaku selepas itu, Xhaka dilucutkan jawatan kaptennya kerana bertengkar dengan penyokong dan tidak menghormati jersi kelab.

Akhir sekali mereka menandatangani Mustafi dan Sokratis.

Bagi aku pula, Mustafi masa dia ditandatangani tu memang form dia bagus di kelab lamanya. Tapi tu la.

Itu antara perkara yang pelik dilakukan Arsenal musim ini. Segalanya berkaitan dengan pengurusan pasukan.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan