Penyokong Bengang Pogba Anggap Tawaran £300k Seminggu Sebagai ‘Nothing’

Paul Pogba akhirnya bersuara tentang situasi kontraknya di Manchester United menerusi dokumentari Pogmentary Pemain itu mendakwa bahawa Manchester United berbohong ketika kelab itu menyatakan bahawa mereka menawarkan kontrak terbaik kepada Pogba.

United sebelum ini menyatakan bahawa mereka mahukan Pogba terus kekal bersama dengan mereka. Dan sedia menawarkan tawaran kontrak terbaik untuk Pogba. Sedia menjadikannya sebagai salah seorang penerima gaji terbesar di kelab.

Malangnya, Pogba menyatakan bahawa beliau langsung tak menerima sebarang tawaran kontrak yang dimaksudkan oleh Man United.

United dikatakan menawarkan lebih £290k seminggu kepada Pogba. Angka yang dilabel Pogba sebagai ‘tidak ada apa’.

Oleh itu Pogba tidak melihat kelab tersebut serius mahukan dia kekal.

Proses rundingan tersebut juga dikatakan sangat perlahan.

“Fikiran saya [tentang] proses tersebut adalah untuk menunjukkan Manchester United bahawa mereka telah melakukan kesilapan apabila mereka terus menunggu [berlengah] dalam memberikan saya kontrak baharu.”

“Macamana kamu boleh kata yang kamu benar benar mahukan pemain itu kekal tetapi menawarkan … tak ada apa.”

Dalam dokumentari itu Pogba menolak tawaran sekitar £300k seminggu itu. Yang dianggap tiada apa.

Kenyataan Paul Pogba itu membuatkan ramai peminat Man United kecewa.

Mereka menganggap tawaran sekitar £300K seminggu itu pun boleh dikira cukup besar untuk bakat yang sentiasa mengecewakan mereka kerana sangat tak konsisten.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa kenyataan Pogba telah disalah tafsir.

“Tak ada apa ” dimaksudkan Pogba menurut mereka merujuk kepada kelembaban Ed Woodward bertindak pantas dalam menawarkan kontrak baharu.

Kes yang sama berlaku kepada Ander Hererra sebelum ini.

Ada yang menjelaskan bahawa tindakan Man United melengahkan kontrak sehingga masuk ke tahun akhir kontrak membuatkan pemain itu terpaksa memikirkan kelab baharu.

Hujah itu disokong oleh laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa Ole Gunnar Solskjaer mendesak pengurusan bertindak cepat melanjutkan kontrak Pogba kerana dia dalam perancangan masa depan kelab.

Pemain tengah itu, yang kembali semula ke Manchester United dalam perjanjian £89 juta daripada Juventus pada 2016 ataupun EUR100 juta, dijangka meninggalkan kelab itu sebaik kontraknya tamat pada penghujung musim.

Pogba ketika itu menjadi pemain termahal di dunia ketika dibeli semula Manchester United. Dan kekal sebagai pemain termahal dalam sejarah kelab itu pada ketika ini.

Pogba dikatakan dalam proses untuk menyertai semula Juventus secara percuma sekali lagi.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan