Penyokong Indonesia Berterima Kasih Kepada Saudara Serumpun Singkirkan Vietnam Yang Main Tipu

Penyokong Indonesia nampaknya benar benar menikmati hari semalam. Di mana dua pasukan iaitu Vietnam dan Thailand disingkirkan oleh Malaysia dan Laos dalam aksi Piala AFF B-19.

Sebelum ini penyokong Indonesia dan PSSI sendiri menyatakan mereka kecewa kerana Vietnam dan Thailand dianggap tidak bermain fairplay.

Jurulatih pasukan kebangsaan B-19 Indonesia, Shin Tae-yong kesal dengan peraturan head to head yang masih diterapkan pada Piala AFF B-19 2022. Di mana ianya menjadi sebab kenapa Garuda Nusantara tersingkir daripada Piala AFF 2022 walaupun menang besar 5-1 ke atas Myanmar pada perlawanan terakhir Kumpulan A, di Stadium Patriot Candrabhaga.

Walaupun memiliki rekod jaringan yang besar, namun Indonesia terpaksa akur kerana pertandingan Piala AFF B-19 menggunakan peraturan head to head bukannya peraturan perbezaan gol. Menurut pengendali Indonesia itu, peraturan Head to head atau H2H sudah lapuk dan seharusnya tidak diguna pakai lagi di peringkat AFF.

Kerana peraturan itulah membuatkan Indonesia gagal mengatasi Vietnam dan Thailand.

Ini kerana Thailand vs Vietnam yang beraksi di Stadium Madya, Senayan, Jakarta Pusat pada masa sama hanya berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Pasukan Indonesia sebelum itu dalam perlawanan menentang Thailand dan Vietnam hanya menang seri 0-0 untuk kedua-dua pasukan.

Keputusan ini menjadikan Thailand dan Vietnam unggul secara head to head walaupun mata mereka sama dengan pasukan kebangsaan B-19 iaitu 11 mata.

Biarpun Pasukan Indonesia B-19 lebih unggul dalam jumlah jaringan iaitu 15 gol, Vietnam 9 gol dan Thailand enam gol.

Oleh itu, Shin Tae-yong kesal kerana peraturan head to head ini menurutnya sudah tidak lagi digunakan dalam petandinga AFC atau FIFA.

“Memang head to head seperti situasi semasa memang sudah tidak ada di bawah peraturan FIFA atau AFC, tetapi pelik sedikit peraturan ini masih dalam AFF,” kata Shin Tae-yong yang kecewa.

Jurulatih Korea Selatan itu menilai bahawa sebenarnya tidak masuk akal untuk skuad Garuda Nusantara tidak layak ke separuh akhir.

Jurulatih berusia 52 tahun itu malah berkata Thailand dan Vietnam walaupun mengesyaki bahawa Thailand dan Vietnam juga tidak bermain dengan adil berdasarkan semangat fairplay. Kedua dua pasukan seolah olah selesa dengan keputusan seri dan tidak berusaha lebih kuat lagi untuk mengalahkan lawan masing masing.

“Malah, kami tidak layak, ini tidak masuk akal, dan memang lawan dan pesaing kami juga, di mana mereka seharusnya bermain secara adil, tetapi sebenarnya ia tidak begitu.”

Dia kemudian menganggap Thailand dan Vietnam sebenarnya sengaja mahu berkomplot menyingkirkan Indonesia kerana mereka takut dengan Garuda Nusantara,

“Thailand dan Vietnam sendiri, tetapi memang mereka takut dengan Indonesia, justeru saya sedikit tersinggung dan tidak senang dengan keadaan ini,” kata Shin.

“Ini bermakna Thailand dan Vietnam merasakan bola sepak Indonesia semakin baik, jadi mereka membuat keputusan seperti itu.”

Keadilan akhirnya menang – netizen Indonesia

Dalam aksi separuh akhir, Vietnam dan Thailand yang merupakan 2 pasukan pilihan telah dihumban keluar oleh Laos dan Malaysia.

Di media sosial peminat Indonesia menyatakan bahawa karma itu benar benar wujud.

Dan mereka mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dan Laos.

Mereka benar benar puas dengan penyingkiran 2 pasukan yang dianggap mafia dalam bola sepak.

Menurut mereka, apa sahaja hasil di final, peminat Indonesia akan tumpang meraikannya kerana keadilan dan fairplay telah menang.

Selain itu mereka juga menyatakan bahawa mereka menyokong saudara serumpun pada kali ini. Ianya membuatkan pemain Malaysia rasa terharu.

Malaysia dan Laos akan bertemu dalam aksi final pada 15 Julai ini untuk menentukan siapakah juara.

Baca yang lain