Penyokong PSG Laung Messi ‘Anak Sund*l’ Dan Mahu Messi, Verratti Neymar Berambus!

Peminat PSG melepaskan kemarahan mereka kepada Lionel Messi sekali lagi.

Hubungan peminat PSG dengan Messi memang sudah lama tidak ngam. Sebelum ini Messi menerima ejekan teruk kerana PSG gagal melepasi peringkat 16 akhir UCL dalam dua musim berturut turut.

Messi sentiasa menjadi sasaran peminat.

Walaupun dia antara pemain cemerlang musim ini. Namun dia tetap dijadikan sasaran utama peminat PSG yang memuja Mbappe.

Selepas kejadian diboo penyokong sendiri, Messi dilihat tidak memberikan rapat hormat ke arah penyokong selepas tamat perlawanan.

Membuatkan pemain itu dikecam teruk.

Messi seterusnya dilaporkan telah ponteng latihan dan bercuti bersama keluarga di Arab Saudi.

Ianya selepas PSG dikalahkan Lorient secara mengejut.

PSG menjatuhkan hukuman gantung 2 minggu dan denda ke atas Messi. Dan ia dikatakan pengakhiran karier Messi di PSG.

Pemain itu dilihat benar benar sudah tak kuasa untuk terus kekal di kelab itu.

Peminat PSG memprotes Messi dengan bersorak melabel pemain itu sebagai anak sund*l / S0B.

Mereka melakukan protes di hadapan pejabat Nasser Al Khelaifi di sekitar kompleks sukan PSG.

Dan mereka mahukan Neymar, Messi dan Verratti dibuang serta merta daripada kelab itu.

Seterusnya satu lagi protes dilakukan di rumah Neymar.

=Peminat PSG telah melancarkan protes ke atas Neymar dan Messi.

Sebelum itu, mereka berkumpul di hadapan stadium dan melaungkan Messi anak jalang (S0B).

Ianya respon kepada Messi yang dilaporkan tidak akan kekal bersama kelab itu.

Rundingan antara Messi dan PSG berakhir selepas pemain itu pergi ke Arab Saudi dan ponteng latihan pasukan hanya selepas PSG dimalukan Lorient.

Dalam satu lagi kempen protes, peminat PSG turut meminta Neymar agar berambus daripada kelab mereka.

Penyokong berkumpul depan rumah Neymar dan menjerit sekuat hati agar pemain Brazil itu segera blah.

Peminat PSG mempersoalkan komitmen Neymar kepada kelab itu. Selepas dia dituduh seringkali memalsukan kecederaannya untuk mendapat cuti.

Namun sebenarnya, Neymar ketika ini benar benar cedera. Itulah sebabnya dia berehat panjang. Dia cedera buku lalinya.

Tetapi aktiviti malam Neymar membuatkan peminat PSG mengutuk pemain itu. Neymar kerap tidur lewat dan bermain poker secara atas talian.

Ramai peminat bola sepak tidak setuju dengan tindakan penyokong PSG itu yang pergi menyerang sampai depan rumah Neymar.

Menurut mereka, cukuplah protes dilakukan di dalam stadium. Tak perlu chant depan rumah pemain itu.

Sudah tentu ini bukan kali pertama peminat PSG memprotes ke atas Neymar. Sebelum ini mereka pernah meminta Neymar angkat kaki segera, ketika pemain itu mendesak perpindahan ke Barcelona kembali.

Peminat PSG kecewa kerana dengan adanya Neymar dan Messi, kedua dua pemain itu masih gagal membantu kelab menjuarai UCL.

Ada juga peminat berteori bahawa, kempen ini mungkin ditaja kelab. Ini berikutan laporan menyatakan PSG berusaha menjual Neymar sejak jendela perpindahan awal musim ini, namun gagal.

Kerana Neymar enggan menerima pemotongan gaji dan hanya mahu dijual ke Barca sahaja. Ianya mustahil kerana Barca berdepan masalah kewangan.

Neymar berada dalam senarai untuk dijual pada jendela perpindahan akan datang. Namun pemain itu menyatakan dia akan terus kekal di PSG berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di