Penyudah Tumpul, Pengadil Silap, Tidak Bernasib Baik Antara Alasan Solksjaer Kalah Kepada PSG

Ole Gunnar Solskjaer merasakan kualiti penyudah dari penyerang masing-masing menjadi kunci utama dalam pertemuan Manchester United lawan Paris St Germain (PSG).

PSG menggunakan peluang yang diperolehinya dan menang 3-1 di Old Trafford. Neymar menjaringkan 2 gol sementara itu Marquinhos menyumbang 1 lagi gol.

Marcus Rashford pula mejaringkan gol tunggal untuk Manchester United.

Dengan keputusan itu Manchester United perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

PSG, RB Leipzig dan Manchester United akan bersaing merebut 2 slot ke pusingan 16.

-RB Liepzig lwn Manchester United
-PSG lwn Istanbul Basaksehir

PENYUDAH TUMPUL

Solskjaer menegaskan pasukannya tidak patut kalah. Mereka mempunyai banyak peluang yang seharusnya menghasilkan gol.

Anthony Martial terlepas peluang apabila melakukan rembatan ke langit ketika hanya berdepan dengan penjaga gol hasil hantaran dari Edison Cavani.

Cavani juga terlepas peluang, lob dari pemain Uruguay itu sedikit tinggi dan hanya singgah di palang ketika Keylor Navas sudah tertewas.

Martial sekali lagi melakukan percubaan membabi buta yang hanya terkena pemain lawan dalam kotak penalti.

“Saya rasa anda lihat balik peluang yang kami cipta dalam perlawanan itu dan anda akan rasa kami berhak.”

“Kamu perlu lebih klinikal, kamu perlu mengambil peluang.”

“Bagaimanapun anda harus mengatakan pemain mencipta momen dan peluang itu adalah perkara positif.”

“Sudah semestinya kami perlu lebih klinikal, kami tahu tentang itu. Lebih berkualiti dengan peluang terhidang dan kemudian meraikannya.”

“Tapi itulah bola sepak. Kadang-kadang ia memihak kepada anda, kadang-kadang ia tidak memihak kepada anda.”

“Ternyata malam ini ia tidak memihak kepada kami. Kami tidak berhak untuk kalah.”

SOLSJAER KECEWA MARQUINHOS TIDAK OFFSIDE

Manchester United berjaya mengikat semula kedudukan selepas Neymar memberi gol pendahuluan kepada PSG seawal minit ke-6.

Marcus Rasford melakukan percubaan dan terkena pemain lawan sebelum bola bergolek masuk ke gawang.

Bersambung pada babak ke-2 PSG sekali lagi di depan apabila Marquinhos terselamat dari garisan offside untuk menyudahkan bola yang melantun kepadanya.

“Ia hanya setengah sentimeter, setengah inci (berada dalam kedudukan onside). Kami agak malang kerana tumit Wan Bissaka berada di garisan Marquinhos. Saya ingat dia offside.”

“Kami akan pergi ke sana (RB Leipzig) dan akan mendapatkan sesuatu darinya.”

SOLSJAER SALAHKAN PENGADIL

Beberapa minit selepas PSG kembali di depan hasil jaringan Marquinhos, Fred diperintah meninggalkan padang selepas mengutip kad kuning ke-2. Solskjaer berkeras ia sepatutnya tidak berlaku dan pengadil telah membuat keputusan salah.

“Ya, itu bukan kad kuning, kami tahu. Apabila pengadil melihatnya dia tahu dia melakukan kesilapan.”

“Malangnya anda tidak mampu berbuat apa-apa tetapi itu adalah kesilapan yang jelas.”

“Sangat mengecewakan. Ia challange bersih dan challange yang adil.”

“Dia bermain sangat baik. Fred begitu bertenaga di luar sana. Dia mengankat tangan dan meminta maaf.”

“Anda tidak perlu meminta maaf untuk memenangi bola kan?

Dalam perlawanan tersebut Marcus Rashford mengalami kecederaan kecil di bahagian kecederaan bahu. Solsjaer optimis ia akan pulih dengan segera sebelum bertemu West Ham pada hujung minggu nanti.

Pada masa yang sama Solsjaer masih yakin pasukannya mampu bangkit. Dia cuma mahu pastikan pasukannya tidak terjejas dengan keputusan di liga juara pada perlawanan liga nanti.

RASHFORD KEKAL PENJARING TERBANYAK

Man United bermain didalam tekanan kuat selama 25 minit pertama sehinggalah Rashford menjaringkan gol penyamaan.

Jaringan tersebut merupakan gol ke-6 Rashford di Liga Juara-Juara musim ini. Rashford bersama Alvaro Morata dan Erling Haaland berada dikedudukan teratas penjaring terbanyak.

Baca yang lain