Dalam tatktikal Itali pada Euro 2016, menarik sekali adalah cara Bonucci beroperasi dengan hantaran vertical / diogonal passes yang direct ke block atas daripada block pertahanan.
Dari segi organisasi mereka berasaskan low block dan high block memang ia hanya menyokong sistem dengan hantaran panjang.
Idea dia adalah untuk melakukan fast break dengan hantaran daripada bek tengah ataupun pemain paling di belakang.
CB-playmaker
CB playmaker adalah mereka yang mampu menjadi playmaker daripada bahagian paling bawah. Mereka haruslah yang sangat bagus dengan bola/ ball playing CB.
Antonio Conte memiliki Leonardo Bonucci ketika itu.
Mereka ini sebenarnya mengambil peranan deep lying playmaker. Ataupun deputy, pembantu kepada deep lying playmaker.
Apa yang menarik dalam sistem Itali pada 2016, mereka akan cuba memastikan kekemasan setiap kali menerima bola di zon serangan. Ketika itu Eder dan Pelle adalah penyerang mereka.
Pelle kita semua tahu beliau target man yang boleh bermain sebagai decoy no.9.
Peranan Bonucci sebagai libero moden
Baiklah, berbalik kepada teori taktikal ini, ramai CB moden mula disuntik dengan taktikal ini. Paling glamor, Bonucci la sekarang.
Ianya disebut libero moden. Di mana mereka tidak sama dengan libero klasik yang hanya bergerak bebas tetapi tiada penekanan kepada playmaking.
Namun , nama-nama seperti Hummels dan juga Boateng harus anda harus kaji juga.
- Pemain di belakang akan cuba bermain dengan bola. Mereka akan cuba menghantar antara mereka dan gerakan antara posisi lain mula dilancarkan. Ini juga untuk memecahkan ruang pasukan lawan.
- Apabila 2 CAMF (R&L) mereka melakukan shuttle run ke bahagian half-space, ia akan mewujudkan ruang untuk mereka menerima bola.
- Dan ketika ini pihak lawan akan cuba mengekang serta merantai mereka.
- Dalam contoh di gambar saya letakkan cara mereka memecahkan 4-4-1-1 dengan menggunakan sistem counter target kepada 2 penyerang di hadapan.
- Korang tengok garis kuning itu adalah visi ataupun sasaran utama Libero.
- Seterusnya pemain tengah mereka akan cuba menarik keluar DM pasukan lawan daripada kawasan tengah untuk membuka ruang.
- Pada ketika ini, dengan adanya ruang kerana pasukan lawan ditarik oleh pemain tengah mereka.
- Ada peluang mereka akan menolak bola ke belakang. Dan Libero akan hantar terus hantaran yang saya gemar panggil laser pass ke high block.
- RCB dan LCB akan ada di belakang palymaking-CB ini. Ia untuk mengekang sebarang pelan yang gagal. Contohnya, bola disekat di tengah dan pihak lawan melakukan counter attack
Dalam erti kata lain, taktikal ini jika salah boleh meletupkan diri sendiri/self destructed.
Eder yang sangat direct
Eder adalah pemain yang sangat direct pada ketika ini. Beliau tidak banyak menyimpan bola di kakinya.
Jika bola sampai ke kaki SS (Eder), pemain lain terus membentuk sokongan kepada serangan. Masa ini Giacherini atau Candreva akan masuk ke kotak penalti bersama-sama dengan Pelle.
Jika bola ke kaki no.9 atau Pelle. Beliau akan hold bola dan melepaskan bola cepat ke sektor lain, bukannya menggedik untuk dribble, ini kerana beliau perlu sampai ke box menunggu servis.
Korang tengok di sini, bagaimana mereka cuba bermain dengan bola dan disorganized lawan.
Melakukan beberapa siri hantaran. Dan kemudian menolak kepada Bonucci. Apabila Bonucci melihat ada ruang yang baik untuk beliau melancarkan hantaran, maka, beliau akan terus melakukan hantaran yang bypass / skip bahagian tengah.
Pembentukan 3-3-4
Fluiditi yang kuat ini membuatkan wujud 3-3-4 dan sebagainya. Ini merupakan shape yang paling ultra offensive digunakan Itali ketika itu.
Akan lebih banyak permainan dengan bol di antara garisan tengah dan juga garisan pertahanan.
Jika anda masih ingat, Buffon juga mulai diarahkan bermain ball playing dalam sistem ini untuk membolehkan Bonucci menerima bola dan mendapat sokongan daripada Buffon apabila perlu menolaknya kembali – jika ada tekanan lawan.
Jika penjaga gol terlalu lemah ball play, sekali lagi saya tegaskan ia akan self destructed. Bonucci memang pemain penting dalam sistem yang memerlukan mereka skip midfield ini.
Apa yang pasti taktikal Conte dengan sistem back 3 masa ni memang terbaik. Pasukan Itali ini boleh dianggap average berbanding pasukan lain ketika itu dan untuk level pasukan bernama Itali di kejohanan besar.
Namun taktikal mereka membawa mereka mara jauh.