Perancangan Untuk Orton Sehingga WrestleMania 37 Sudah Disiapkan

Randy Orton kini sah bergelar Juara Dunia WWE buat kali yang ke-14 menyamai rekod milik menantu kepada Vince McMahon, Triple H.

The Viper berjaya menewaskan Drew McIntyre minggu lalu di acara Hell In a Cell untuk bergelar Juara Dunia WWE yang baru.

Perlawanan yang sungguh menarik dan mengujakan telah disajikan oleh kedua-dua penggusti tersebut.

Mereka bertarung dari dalam sehingga ke luar bahkan sehingga ke puncak sangkar neraka itu dalam perlawanan yang berlangsung hampir tiga puluh minit.

Kemuncak perlawanan tersebut adalah ketika mereka berdua menaiki puncak sangkar neraka dan McIntyre telah terjatuh ke atas meja pengulas.

Dengan melihat lawannya yang semakin lemah dan tidak bermaya selepas jatuhan tersebut, Orton membawanya kembali ke gelanggang dan melancarkan serangan RKO lalu melakukan tindanan untuk memastikan kejuaraan dunia WWE menjadi miliknya.

Ianya merupakan keputusan yang telah menimbulkan banyak persoalan dari kalangan peminat dan ada beberapa penggusti di belakang tabir juga turut keliru dengan keputusan tersebut.

Jadi apa perancangan seterusnya untuk Randy Orton?

Tumpuan Juara Dunia 14 kali itu terus beralih ke acara Survivor Series pada hujung bulan ini yang akan menemukan beliau dengan Juara Dunia WWE dari jenama Smackdown dalam perlawanan Juara bertemu Juara.

Ianya akan menjadi perlawanan yang sungguh menarik dan menurut laporan dari pemerhati Gusti, Dave Meltzer, the viper akan melalui tempoh waktu sebagai Juara yang lebih panjang dari yang dijangkakan.

Menurut WOR, perancangan terkini untuk Orton adalah mempertahankan sabuk kejuaraan dunia miliknya itu sehingga ke acara terbesar WWE, WrestleMania 37 nanti.

Setakat ini, pihak kreatif sudah menyiapkan jalan cerita untuk mempertemukan Orton dengan Edge di acara terbesar milik WWE itu.

Ianya juga merupakan salah satu penamat yang terbaik untuk perseteruan antara mereka berdua.

Orton dan Edge telah mula diperseterukan sejak dari Januari sehingga Jun lalu sebelum the Rated R Superstar itu mengalami kecederaan parah di acara Backlash.

Beliau dijangka akan membuat kemunculan semula pada tahun 2021 dan untuk detik ini, perlawanan untuk merebut kejuaraan dunia sudah disiapkan untuknya sekembalinya beliau ke gelanggang WWE nanti.

Keputusan pihak kreatif mendapat perhatian positif dari pemerhati dan peminat kerana menemukan kedua-dua bekas rakan seregu itu di acara terbesar WWE untuk mengakhiri perseteruan mereka adalah tindakan yang sangat bijak.

Namun masih banyak persoalan tentang siapa yang akan bertemu Orton dari sekarang sehingga April nanti dan McIntyre adalah salah seorang calon yang mungkin akan menjadi lawannya.

Sementara itu, The fiend juga sepertinya sudah mula menunjukkan bahawa beliau juga merupakan calon untuk merebut sabuk kejuaraan dunia WWE itu namun belum pasti sama ada akan ada jalan cerita yang bakal menemukan mereka atau tidak.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan