Perempuan Ini Buat 30 Fake Account Untuk Memerangkap Bekas Teman Lelakinya

Seorang wanita yang sebelum ini meraih simpati masyarakat kerana kononnya menjadi mangsa ugutan teman lelakinya telah didapati memerangkap lelaki tersebut.

Hasil siasatan, rupa rupanya Courtney Ireland-Ainsworth telah mencipta 30 akaun instagram palsu dalam usahanya memerangkap Louis Jolly.

Courtney sebelum ini berpisah dengan Jolly yang tak tahan dengan perangainya yang kuat mengada ngada. Dia cuba mencari perhatian Jolly selepas mereka berdua putus. Namun malangnya Jolly tidak mengendahkannya.

Itu membuatkan Courtney marah dan merancang mahu memastikan Jolly masuk penjara. Dia kemudian membuat 30 akaun palsu dan menggunakan akaun tersebut menyerang akaun aslinya sendiri dengan kata kata jelik.

Dia mengaitkan komen komen jelik itu dengan bekas teman lelakinya serta menuduh beberapa akaun adalah akaun palsu yang digunakan Jolly untuk menghantar mesej tak senonoh serta ugutan, kerana akau sebelum ini sudah disekatnya.

Courtney membuat 10 laporan polis ke atas Jolly yang dituduhnya telah mengugut untuk menikamnya dengan pisau.

Gadis berusia 20 tahun dari Brackendale, Runcorn, turut menuduh Jolly mengasarinya dan kemudian stalking dia. Membuatkan Jolly keluar masuk lokap sebanyak enam kali. 81 jam Jolly berada di penjara secara keseluruhannya.

Jolly malah diarahkan untuk menjalani hukuman tahanan di rumah dengan tag elektronik di kakinya.

Akibat daripada kes polis tersebut, Jolly dibuang kerja. Peralatan gadgetnya dipantau oleh pihak berkuasa dan telefon bimbitnya ada yang dirampas untuk siasatan.

Selepas memeriksa telefon bimbit Jolly, polis mulai mengesyaki ada perkara yang tidak kena.

Ini kerana Jolly ternyata tidak aktif berhubung dengan Courtney sebaik sahaja mereka putus.

Polis dengan bantuan jabatan forensik teknologi di UK telah menjalankan siasatan. Dan mereka mendapati bahawa, sekurang kurangnya 17 akaun instagram dibuat menggunakan akaun email Courtney berdasarkan alamat IP dan juga peranti yang dia gunakan.

Ini termasuk komputer di rumahnya serta telefon bimbitnya. Siasatan berterusan mendapati dia sekurang kurangnya membuat 30 akaun palsu.

Polis kemudian menangkap Courtney dan mendakwa dia telah secara licik cuba menipu dan mereka cerita serta jejak digital palsu menerusi alam maya selama 5 bulan.

Jejak digital merujuk kepada rekod perbuatan seseorang di media sosial. Courtney cuba mengaitkan 30 akaun IG yang menjadi hatersnya ini sebagai berpunca daripada sokongan mereka kepada Jolly yang digambarkannya seorang kaki pukul dan juga kaki intai.

Jolly kemudian dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan selepas polis berpuas hati dengan hasil siasatan jabatan multimedia.

Selepas beberapa hari direman, Courtney akhirnya mengaku dia mereka reka cerita.

Jolly menganggap kejadian itu sebagai detik paling teruk dalam hidupnya. Jolly berkata: “Pada fasa paling teruk dalam hidup saya, saya mulai terfikir bahawa tiada gunanya saya hidup. Saya malah pernah terfikir, daripada hidup begini, lebih baik saya mati.”

Jolly menyatakan bahawa apa yang dilakukan Courtney benar benar membuatkannya menderita. Dia mulai hilang kawan dan masyarakat memandangnya sebagai jantan tak guna dan miang.

Jolly berkata dia konsisten menafikan kesemua tuduhan palsu ke atasnya. Namun dia tidak berdaya mengawal impak daripada persepsi masyarakat ketika Courtney memerangkapnya. Dan dia keluar masuk lokap.

“Saya dituduh melakukan perkara yang saya tak buat. Kemudian saya bebas atas jaminan polis. Keesokan harinya pula saya dipanggil ke mahkamah.”

“Saya mulai tak boleh tidur. Saya mulai minum alkohol terkena serangan panik ketika orang datang mengetuk pintu. Berat badan saya susut dengan mendadak dan tidak boleh melakukan kerja dengan tenang.”

Courtney yang akhirnya mengakui bersalah dan dipenjara 10 bulan di Liverpool kerana cuba memperdaya mahkamah. Selain itu Courtney juga dikenakan pemantauan polis selama 10 tahun. Padan muka.

Baca yang lain