Perempuan Ini Pemilik Nama Terpanjang Di Dunia, Surat Beranak 2 Kaki Panjang

Pada hari ini ramai yang menamakan anak anak kesayangan mereka dengan nama yang panjang. Sehinggakan kita seringkali melihat perkongsian daripada guru tentang nama anak yang panjang.

Namun tahu tak korang yang pemilik nama paling panjang di dunia merupakan seorang wanita yang lahir pada 1984. Ibu kepada wanita itu bernama Sandra Williams masa tu memikirkan dia nak memberikan nama anak yang unik dan tidak ada seorang pun sama dengannya.

Lalu dia memberikan nama yang sangat panjang kepada anak perempuannya. Pada mulanya, nama anak tersebut dinamakan Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams.

Tak puas hati, tambah lagi

Tetapi selepas itu ayahnya memutuskan untuk mengubah nama itu dengan nemambahkan lagi aksara menjadikannya 1,019 aksara. Mereka menambah 36 huruf untuk nama tengah anak mereka juga.
Dan sekarang nama anak mereka ialah: Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnaerenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohnyaetheodoradilcyana.

Ianya telah menjadikan nama itu diiktiraf sebagai nama paling panjang dalam Guinness World Record. Surat beranak anak perempuan itu sahaja sudah 2 kaki panjangnya.

Ketika ditanya, adakah guru guru dan rakan rakannya, berdepan kesukaran memanggil namanya? Gadis itu berkata: “Jangan risaulah, korang semua boleh panggil saya Jamie je.”

Dia pernah muncul dalam siri bual bicara Oprah Winfrey pada 1997 kerana namanya yang pelik itu.

Ibunya memang mahukan rekod dunia

Ibu kepada Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnaerenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohnyaetheodoradilcyana

memang merancang mahu mencipta rekod dunia. Harap aku eja betul la nama dia kat atas ni.

Ibunya berkata: “Saya nak buat sesuatu untuk pecahkan Guinness World Record. Jadi saya perlu memastikan namanya sangat panjang dan unik. Saya tak nak nama dia sama dengan orang lain.”

“Nama dia akan menjadi berbeza dan saya harus berada dalam Guiness World Record.”

Kemudian Guiness World Record secara rasmi mengiktiraf namanya sebagai nama manusia paling panjang yang pernah didaftarkan.

Selepas kes itu, Texas telah mengenakan peraturan khas kepada nama anak agar tidak melebihi jumlah kotak yang telah disediakan dalam borang pendaftaran.

Jadi apakah faedahnya daripada semua ini? Korang yang baca artikel ini pun mungkin rasa sia sia dan berasa lebih baik layan Ikbal menyanyi.

Baca yang lain