Perjalanan Klopp di Anfield: Mengubah Doubters To Believers

We must turn from doubters to believers“. Itu antara kata-kata pertama pengurus baru Liverpool, Jürgen Norbert Klopp pada sidang media pertamanya.

Hampir 5 tahun kemudian, beliau mengotakan janjinya. Mengubah hala tuju Liverpool yang sebelum ini penuh dengan kesangsian akan potensi diri kepada pasukan yang berkeyakinan tinggi.

Mari bersama penulis kita imbas kembali detik-detik penting perjalanan Liverpool sepanjang Klopp berkhidmat di Anfield sehingga kini.

Musim 2015/2016

Klopp melakukan debut menentang Tottenham Hotspurs di tempat lawan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Kemenangan pertama liga hadir ketika menewaskan Chelsea 3-1 di Stamford Bridge. Tunduk kepada Manchester United 1-0 di Anfield sebelum gol minit akhir Adam Lallana membantu menewaskan Norwich City 5-4. Ingat tak game tu?

Liverpool mara ke final pertama di era Klopp bertemu City dalam aksi Piala Liga. Kegagalan Lallana menyempurnakan sepakan penalti ke-4 memberikan kemenangan kepada Cityzen setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan.

Tidak berdepan masalah menewaskan United pada pusingan 16 terbaik Liga Europa. Menang dengan agregat 3-1. Diundi bertemu kelab lama Klopp, Borussia Dortmund di pusingan suku akhir. Jaringan minit akhir Dejan Lovren melengkapkan remontada Liverpool setelah ketinggalan 4-2 pada suatu ketika. The Reds mara dengan agregat 5-4.

Menamatkan kedudukan EPL di tangga ke-8. Bertemu Sevilla di final Europa, final kedua Klopp. Tewas 3-1 walaupon mendahului pada babak pertama. Untuk info perlawanan tersebut, boleh tanya Moreno.

Musim 2016/2017

Kemasukan Sadio Mane dan Gini Wijnaldum memberi dimensi berbeza kepada Liverpool. Memulakan musim dengan kemenangan dramatik 4-3 keatas Arsenal.

Membenam Watford 6-1 pada perlawanan ke-11 sebelum tewas kepada Swansea dan Hull. The Reds juga menang kedua-dua Merseyside derby.

Kemenangan ke atas Middlesbrough pada perlawanan terakhir liga membolehkan Liverpool menamatkan musim di tangga ke-4 dan kembali bersaing di UCL pada musim hadapan.

Musim 2017/2018

Mohamed Salah dan Andrew Robertson menyertai Liverpool pada awal musim sebelum Virgil van Dijk menyusul pada musim perpindahan musim sejuk. Trent Alexander-Arnold juga mula ditunjukkan jalan ke pasukan utama.

Dibedal 5-0 di Etihad setelah Mane dibuang padang kerana menapak muka Ederson. Dimalukan pula oleh Spurs 4-1 di White Hart Lane.

Namun semuanya berubah selepas kemasukan van Dijk. Pertahanan semakin tenang dibawah seliaan beliau. Antara pembelian terbaik di zaman Klopp.

Salah pula menjadi idaman setiap pengurus fantasy. Klopp berjaya melengkapkan barisan hadapannya yang sudahpon diisi dengan Roberto Firmino dan Mane. Trio ini menjadi igauan pertahanan lawan. Salah mengakhiri musim dengan 44 gol dalam semua pertandingan dan 303 mata dalam FPL.

Menamatkan EPL di tangga ke-4. Klopp mara ke final ketiganya bersama Liverpool apabila layak ke final UCL menentang Real Madrid. Kehilangan Salah akibat kecederaan merencatkan perancangan beliau. Ditambah pula dengan aksi kelakar Karius, tak jadi apa la. Liverpool tewas 3-1.

Musim 2018/2019

Klopp berbelanja besar dengan membeli Allison Becker dan Fabinho. Karius pula dihumban ke Besiktas atas dosanya pada final UCL yang lepas.

20 perlawanan tanpa kalah pada permulaan liga memberikan sinar harapan kepada penyokong Liverpool. Hanya City yang berjaya menundukkan ego The Reds apabila menang 2-1 di Etihad. Itu merupakan satu-satunya kekalahan Liverpool dalam liga sepanjang musim.

Menamatkan musim 97 mata namun gagal juga memenangi liga. Klopp terpaksa berputih mata apabila City menjulang EPL dengan berkelebihan 1 mata. Apa lagi EPL mahu?

Namun sebaliknya berlaku di UCL. Membenarkan Barcelona khayal seketika dengan kelebihan 3-0 ketika Liverpool bertandang ke Camp Nou untuk untuk perlawanan semi final UCL.

2 gol dari Gini dan Origi kembali menyedarkan Barca dari fantasi. Punya la khayal sampai Trent ambil corner pon tak perasan. Liverpool layak ke final ke-4 dibawah pimpinan Klopp.

Final bertemu Spurs, Liverpool bermula baik selepas mendahului melalui jaringan Salah. Spurs mula menguasai permainan namun gagal menghasilkan gol penyamaan.

Origi sekali lagi menjadi watak penting apabila golnya pada minit ke-87 menamatkan terus sisa-sisa perjuangan Spurs. Klopp menjulang piala pertamanya bersama Liverpool selepas 3 kekalahan final berturut-turut.

Lets Talk About Six Baby!

Musim 2019/2020

Tewas kepada City dalam merebut Perisai Komuniti. Liverpool memenangi piala ke-2 dalam era Klopp apabila mengetepikan cabaran Chelsea dalam aksi UEFA Super Cup.

Sekali lagi memulakan musim dengan cemerlang, tanpa kalah dalam 27 perlawanan. Berkelebihan 25 mata di depan pencabar terdekat, City. Hanya United mampu mencuri mata hasil dari keputusan 1-1 di Old Trafford.

Piala ketiga menyusul selepas menewaskan Flamengo 1-0 hasil jaringan Bobby di Qatar dalam final kejohanan Piala Dunia Kelab.

Watford mengejutkan Liverpool di Vicarage Road dengan kemenangan 3-0 untuk menjadi satu-satunya pasukan yang menewaskan mereka dalam kancah EPL.

Selepas menewaskan Bournemouth, liga digantung seketika ekoran pandemik kobis. Ramai mula gusar liga akan ditamatkan serta-merta. Lagi beberapa perlawanan je kot nak menang EPL pertama mereka.

Penyokong United senyum lebar. Kononya tidak perlu menempah tiket kapal terbang ke Papua New Guinea. Rekod 20 kejuaraan liga tidak akan dicabar, buat masa kini.

Ade rezeki, tak kemana. Liga disambung semula setelah 3 bulan berehat. Kemenangan Chelsea ke atas City tempohari mengesahkan kejuaraan pertama Liverpool setelah City tidak mampu mengejar dengan baki 7 perlawanan. Ini sekaligus menamatkan kemarau 30 tahun tanpa kejuaraan liga.

Rumusan

Dari pasukan yang sering dijadikan bahan jenaka, kehadiran Klopp mengubah keseluruhan landskap di Anfield. 4 piala dalam tempoh setahun terakhir, not bad la kan?

Punya la suka sampai nak koyak mulut ketawa

Jadi, siapa yang ketawa sekarang? BOOM!

Baca yang lain