Xavi Hernandez dan Andres Iniesta dianggap antara pemain tengah terbaik di dalam generasi mereka. Dan tiada keraguan lagi, gandingan tengah terbaik dalam sejarah Barcelona.
Namun apa yang berlaku, mereka berdua menggunakan nombor yang bertukar di antara nombor enam dan lapan ketika bermain untuk kelab dan negara.
Di Barcelona, Iniesta memakai nombor lapan dan Xavi memakai nombor enam. Sebaliknya di Sepanyol pula Xavi memakai nombor 8 dan Iniesta memakai nombor enam.
Sehingga ada yang terasa pelik. Kenapa tidak dikekalkan sahaja satu nombor yang mereka pakai, kan?
Perjanjian Xavi-Iniesta
Xavi dan Iniesta merupakan dua pemain yang menyertai Barcelona sejak di bangku sekolah lagi. Kedua dua mereka bermain dalam pasukan pembangunan yang sama.
Ketika masih di akademi La Masia, Xavi dan Iniesta telah menyukai nombor yang sama iaitu nombor 8.
Namun atas dasar win win sitution, mereka berjanji bahawa, apabila di Barcelona, Xavi akan memakai nombor enam dan Iniesta akan memakai nombor 8.
Tetapi di Sepanyol adalah sebaliknya.
Perjanjian itu bukannya mudah untuk mereka tunaikan. Kerana boleh sahaja mereka berdua hilang keistimewaan untuk meminta jersi nombor tunggal jika tidak cukup bagus.
Dan jika mereka berdua tidak membangun seperti yang diharapkan Barcelona, ramai graduan La Masia yang dijual ke kelab lain.
Di Sepanyol, persaingannya lagi sukar. Lihat sahaja senarai pemain tengah Sepanyol pada era mereka yang merupakan era emas.
Namun kedua dua sahabat baik itu berjaya menjadi pemain utama di Barcelona dan seterusnya pasukan Sepanyol.
Xavi dan Iniesta menjadi sebahagian penting dalam sejarah pasukan Sepanyol yang memenangi Euro dan kemudian Piala Dunia.
Malah Iniesta merupakan penjaring gol penting yang mengubah sejarah bola sepak Sepanyol selamanya.
Mereka juga menjadi pemain penting dalam sejarah kebangkitan Barcelona era moden. Di mana Barcelona menjadi kuasa bola sepak dominan di Eropah. Pernah menjuarai enam piala dalam setahun.
Mereka berdua selamanya dikenang sebagai legenda sejati Sepanyol dan Barcelona. Ini kerana keupayaan luar biasa mereka dan impak yang dihadirkan di dalam pasukan.
Xavi dan Iniesta memiliki keupayaan playmaking yang unik. Xavi lebih kepada visi permainan dari belakang. Manakala Iniesta lebih gemar menjadi ball carrier ke zon lebih tinggi.
Namun kedua duanya memiliki keupayaan yang luar biasa dalam menguasai bahagian tengah terutama sekali dalam sistem tiki taka yang memburu penguasaan bola yang tinggi.
Itulah kisah perjanjian dua sahabat yang turut menjadi motivasi kepada mereka untuk berjaya dan merampas nombor itu di pasukan Barcelona dan Sepanyol.
Mereka berdua sudah memberitahu mahu menabur bakti kepada Barcelona apabila satu panggilan mereka terima kelak.
Xavi sudah memulakan langkah pertamanya sebagai jurulatih. Iniesta pula bakal menyusul. Pastinya setiap pemain akan mengimpikan karier jurulatih apabila sudah tidak bermain secara profesional.