Pernah Jadi Juara Romania Dan Aibkan West Ham, Kini Astra Dibatalkan Lesen Oleh FA Romania

Pada 2016 Astra Giurgiu menempa sejarah sebagai pasukan yang menjadi juara Liga Romania.

Mereka turut memalukan West Ham United dari Liga Perdana Inggeris dalam kelayakan ke Europa League.

Namun pada Jumaat, kelab itu telah dibatalkan lesen bola sepak profesional mereka oleh FA Romania.

Keputusan itu dibuat selepas persidangan oleh jawatankuasa eksekutif FA Romania.

Kelab yang dimiliki oleh Ioan Niculae itu tersingkir ke divisyen ketiga pada musim lalu.

Keadaan itu memburukkan lagi keadaan di kelab itu. Kerana mereka berdepan dengan masalah kekurangan wang daripada hak penyiaran dan bonus pertandingan.

Masalah kewangan kelab mereka kan meruncing dan berdepan beberapa salah laku kewangan. Terdapat beberapa lagi kes di FIFA berkaitan tunggakan gaji pemain dan pegawai yang belum diselesaikan.

Membuatkan FA Romania memutuskan bahawa kelab itu tidak layak untuk menjadi kelab bola sepak profesional lagi.

Pengurusan tertinggi Astra kemudian dalam kenyataan rasmi kelab, dengan anehnya menyalahkan FIFA kerana melarang mereka menadaftarkan pemain baharu. Menjadi punca kelab itu bermasalah untuk bangkit di atas padang.

Astra berkata, mereka diberikan persaingan tidak adil kerana terpaksa memakai pemain yang tidak berkualiti berbanding pasukan lain.

Membuatkan kelab itu berdepan krisis prestasi sangat teruk. Pada ketika ini mereka ada rekod -66 perbezaan jaringan. Setelah mencatatkan 0 gol dan 66 kali bolos.

Bagaimana FIFA mahu membenarkan mereka mendaftarkan pemain? Mereka ada masalah tunggakan gaji yang teruk dan sumber pendapatan kelab yang rendah.

Dalam 7 perlawanan pertama beraksi di divisyen ketiga, Astra Giurgiu gagal memenangi sebarang perlawanan dan mencipta beberapa kekalahan memalukan.

Malah dalam satu aksi berdepan Pucioasa, Astra Giurgiu tidak dapat meneruskan aksi separuh masa kedua. Ini selepas beberapa pemain kesebelasan utama mereka berdepan masalah kecergasan kritikal dengan ada pemain yang pengsan ketika aksi berlangsung.

Ramai mengaitkannya dengan kekurangan nutrisi serta terlalu letih dengan jadual padat, sedangkan pasukan mereka tak cukup pemain.

Baca yang lain