Pernah Kongsi Dengan Wartawan Rasa Bangga Dengan Kerja Ayah Punca Guimaraes Pilih No.39

Newcastle United berjaya memeterai perjanjian bernilai €33 juta untuk mendapatkan pemain tengah Lyon iaitu Bruno Guimaraes. The Magpies menewaskan cabaran Arsenal untuk mendapatkan Guimaraes.

Guimaraes akan menyarung nombor 39 di Newcastle kerana no.8 sudah ada pemilik iaitu Jonjo Shelvey. Namun yang sebenarnya ada kisah tersendiri kenapa beliau memilih nombor tersebut berbanding dengan nombor alternatif yang lain.

Menurut laporan Daily Star, pemain berusia 24 tahun itu memilih nombor 39 sebagai penghormatan kepada bapanya, Dick, yang bekerja sebagai pemandu teksi. Dan 39 ialah nombor teksi yang digunakan ayahnya.

Maka untuk menzahirkan rasa bangga dan penghormatan seorang anak kepada bapanya, Guimaraes memilih no.39, dedikasi kepada ayahnya yang dahulu menyaranya dengan duit daripada hasil membawa teksi.

Guimaraes memang seorang anak yang sangat rapat dengan keluarganya. Dia kini membalas jasa ibu bapanya dengan memberikan kesenangan kepada mereka.

Ini sebelarnya bukan kali pertama Guimaraes menggunakan jersi no.39.

Sebelum ke Newcastle United, Guimaraes turut memilih 39 sebagai nombor jersinya apabila direkrut Lyon dari Atletico Paranense pada 2020. Dan itulah kali pertama media di Perancis mendapat tahu makna nombor 39 kepada Guimaraes.

Beliau berkongsi cerita tersebut dengan wartawan di sana. Dan kemudian menjadi perhatian ramai sesuai dengan popularitinya yang semakin meningkat naik.

Eddie Howe bangga berjaya mendapatkan Guimaraes yang dianggapnya bakat luar biasa. Howe berkata:

“Bruno adalah bakat yang sangat menarik dan telah menjadi salah satu sasaran utama kami, jadi saya gembira dapat mendapatkannya. Dia pastinya akan menguatkan pasukan ini, serta-merta bersedia untuk cabaran mendatang,” kata Howe.

“Dia telah menjadi salah seorang pemain yang menonjol di Perancis dan merupakan pemain pasukan kebangsaan Brazil, jadi saya tidak ragu penyokong kami akan sangat gembira melihatnya.”

Guimaraes dijangka akan menjadi pemain penting di tengah selepas Newcastle memerlukan kestabilan di bahagian tersebut. Sebelum ini Newcastle sudah mendapatkan Chris Wood dan juga pemain bek sisi kebangsaan England iaitu Kieran Trippier.

Misi mereka sekarang adalah mahu mengelak zon penyingkiran. Agak janggal melihat pasukan terkaya dunia beraksi di Liga Kejuaraan pada musim hadapan.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan