Pesta Kunyit Miami Pusat Penyebaran Koronavirus, Penganjur Salahkan Kerajaan & Petugas Kesihatan

Oleh kerana mementingkan kekunyitan dan kesongsangan lelaki dan perempuan, satu perhimpunan tahunan LGBT diteruskan sempena Festival Parti Musim Sejuk.

Parti dan pesta pora selama seminggu itu berlangsung di Miami.

Dan ianya telah menarik ribuan manusia dari seluruh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain lagi. Tak taulah kalau ada pembaca di sini yang menyertai mereka?

Walaupun pesta geseran pedang itu berakhir pada 10 Mac lalu, beberapa peserta mereka disahkan positif koronavirus.

Dan perkara itu turut disahkan sendiri oleh penganjur acara tersebut.

Rea Carey, Pengarah Eksekutif National Task Force LGBTQ (siap ada pengarah eksekutif tu) berkata:

“Kami tahu ada banyak tempat yang terdedah dengan wabak ini, pada sebelum dan selepas Parti Musim Sejuk – kerana virus ini telah pun berkembang.”

“Tetapi kami inginkan maklumat ini sampai kepada orang awam secepat mungkin, sebab itu kami memberitahu tentang perkara ini.”

“Kesihatan dan keselamatan sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam sebarang acara Task Force sangat penting bagi kami.”

Perayaan yang bermula pada 4 Mac dan menarik 10,000 hadirin sepanjang minggu ia dianjurkan.

Dalam kenyataannya, Carey menekankan bahawa penganjur acara telah membuat keputusan paling tepat pada masa itu, mengikuti semua panduan rasmi yang ada pada masa itu.

“Penganjur acara mengambil langkah berjaga-jaga tambahan semasa festival, mengedarkan 10,000 botol pembasuh tangan / sanitizer dan maklumat kebersihan kepada peserta.”

“Ia masih tidak jelas sama ada virus itu merebak di kalangan hadirin ketika tempoh perayaan, kerana tiada gejala yang dilaporkan pada masa itu,” tambah Carey.

Tetapi pegawai kesihatan telah memberi amaran bahawa virus itu masih boleh menular sebelum gejala itu muncul.

Dalam bahasa mudahnya, virus boleh merebak sebelum pembawa virus itu sakit.

Satu demi satu, negara dan bandar di Amerika Syarikat telah mulai melarang orang ramai berkumpul secara besar besaran dalam usaha untuk mengekang penyebaran virus itu.

Di Washington, beberapa daerah telah mengharamkan perhimpunan lebih daripada 250 orang.

Sementara bandar raya New York telah melarang larangan yang sama untuk perhimpunan melebihi 500.

Pada hari Isnin, Presiden Donald Trump mengumumkan garis panduan baru yang disarankan terhadap perhimpunan lebih dari 10 orang.

Walaupun Pasukan Petugas LGBTQ Kebangsaan AS tidak mengesahkan berapa ramai peserta yang telah diuji positif untuk COVID-19 pada masa ini.

Salahkan kerajaan dan petugas kesihatan

Seterusnya, Carey menyalahkan kerajaan AS dan petugas kesihatan di sana. Kerana menurutnya, bukannya jantan jantan songsang mereka ni tak nak pergi membuat pemeriksaan,

tetapi……

Carey menyalahkan prosedur yang lambat katanya. Eh kau.

Dalam e-mel Carey, dia menunjukkan bahawa ramai di antara peserta tersebut yang yang tidak pergi menjalani pemeriksaan koronavirus.

Kira-kira 875 peserta pesta tersebut disahkan positif koronavirus.

Carey berkata lagi:

“Kami memantau keadaan tetapi kisah sebenarnya di sini ialah, berjuta-juta orang di seluruh negara ingin menjalani diuji.”

“Dan kerajaan serta petugas kesihatan tidak melakukan tugas mereka dengan baik untuk membuat ujian,” katanya.

“Kami berharap apabila mereka ini diuji, seterusnya mereka akan menghubungi kenalan rapat / saudara mara mereka untuk pergi menjalani ujian koronavirus.”

Festival LA Pride yang akan datang pula,  ditangguhkan di tengah kebimbangan koronavirus yang semakin meningkat. Jadi kau yang nak join tu, batalkanlah ye.

Saya tak…

Baca yang lain