Pesuruhjaya Hilang Jawatan Gara-Gara Mengasari Kucingnya Ketika Mesyuarat Zoom

Gara gara membaling kucingnya ketika sedang bersidang menerusi aplikasi Zoom, pesuruhjaya perancangan California iaity Chris Platzer kini hilang kerja pada musim penyakit ini.

Kejadian itu berlaku ketika Platzer sedang bersesyuarat dengan rakan sekerjanya yang lain.

Memang banyak gangguan ketika meeting dengan zoom ni terutama sekali apabila di rumah kita ada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Platzer yang geram dengan gangguan daripada kucingnya telah menangkap kucing. Dia berkata: “Pertama sekali saya nak perkenalkan kucing saya,” lalu dia membalingnya.

Menurut Mail Online, pesuruhjaya perancang California Chris Platzer menghadapi penyingkiran dari kedudukannya setelah video pertemuan 20 April menjadi viral. Ia telah mencetuskan kemarahan orang awam.

Ada yang meminta Platzer didakwa di atas tuduhan mendera haiwan. Malah ramai yang mendesak dia dipecat.

Satu lagi video memaparkan Platzer meminum bir ketika sedang mesyuarat serta menggunakan bahasa yang kesat.

Video itu telah tular dan mendapat liputan meluas termasuk media arus perdana.

Akibat ditekan oleh ramai pihak, Platzer dilaporkan sudah meletakkan jawatannya pada Isnin minggu lalu.

Dalam surat perletakan jawatannya, dia berkata: “Saya tidak mengawal tingkah laku saya ketika mesyuarat Zoom, yang tidak menggambarkan bahawa saya adalah pesuruhjaya perancangan.”

“Saya nak meminta maaf di atas semua impak daripada perbuatan saya.”

Sherif bahagian Solano juga sudah mengarahkan pusat jagaan haiwan untuk mengambil kucing itu daripada Platzer.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali