Peviu LS2: Kedah Dan Terengganu, Misi Mengelak Kekalahan Ke-2 Dalam 2 Perlawanan Awal Liga

Kedua-dua pasukan turun dengan sedikit tekanan selepas mengalami kekalahan pada perlawanan pertama.

Kedah tewas 0-1 kepada JDT dalam pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim sementara itu Terengganu FC tumbang kepada Perak 1-3 di gelanggang sendiri.

Mana-mana pasukan yang tewas pada malam ini akan mendapat beban besar bagi meneruskan cabaran mencabar liga dan perlu mempunyai rentetan kemenangan yang panjang selepas ini.

Terengganu mempunyai jadual yang agak sukar apabila dijadual bertemu menentang Perak, Kedah dan Selangor dalam 3 pertemuan awal Liga Super.

Pasukan ini juga tidak bermula dengan baik pada musim lepas selepas hanya menang pada perlawanan ke-4 selepas seri dengan PKNS (1-1), tumbang kepada Pahang (0-3) dan mengikat JDT (2-2).

Terengganu FC menewaskan K.Lumpur (1-0) di Cheras hasil dari jaringan pertahanan tengah Igor Zonjic. Selepas itu mereka tewas 4 kali dan mencatat 3 kemenangan dalam 9 perlawanan yang membawa kepada pemecatan Irfan Bakti dari kerusi ketua jurulatih.

Kedah pula mempunyai musim yang agak baik dalam 5 pertemuan awal dengan merekodkan 3 menang dan 2 seri dalam 5 pertemuan awal. Tempoh sukar berlaku di LS6 hingga LS15.

Dalam tempoh itu Kedah tewas 5 kali dan menang hanya 3 kali.

Danel Fadzrul dan Amirul Hisyam Awang Kechik

Ketika menentang JDT, Aidil Shahrin menyenaraikan gandingan ini. Pemain ini akan meneruskan legasi yang akan ditinggalkan Baddrol Bakhtiar.

Fadzrul dan Amirul digandingan bersama ketika Kedah menentang JDT dalam perlawanan LS1 dan Sumbangsih

Bagi Fadzrul ia merupakan proses yang disambung pada musim lepas, selepas pemain ini digandingan bersama Baddrol sepanjang 6 perlawanan pertama di bahagian tengah Kedah.

Selepas itu Fadzrul tampil 11 kali lagi dalam 16 baki perlawanan liga dan 3 darinya adalah pemain simpanan yang dimasukan.

Amirul Hisyam pula ia menjadi cabaran kepadanya untuk membuktikan beliau mampu kembali kedalam kesebelasan utama selepas isu kecederaan yang dialaminya pada satu masa dahulu.

Amirul mempunyai 7 penampilan dari kesebelasan utama pada musim lepas. Angka itu akan meningkat jika Aidil merancang untuk menjadikan 2 pemain ini sebagai pemain kunci Kedah pada masa akan datang.

Fadzrul kini baharu berusia 21 tahun dan Amirul Hisyam berusia 24 tahun. Pemain muda tempatan ini mampu mencabar 2 pemain darah Asean iaitu David Rowley dan Amin Nazari di posisi tengah.

Darul Aman tidak pernah tewas sepanjang kempen Liga 2019

Walaupun Kedah merekod 6 kekalahan namun Aidil Shahrin tidak pernah mengecewakan penonton di Darul Aman. Kedah mencatat 5 kemenangan dan 6 seri serta menewaskan Terengganu FC 3-0.

Darul Aman tidak pernah tewas sepanjang 11 perlawanan liga pada musim 2019
  1. Kedah lawan Felda United (4-0)
  2. Kedah lawan PKNS (0-0)
  3. Kedah lawan JDT (1-1)
  4. Kedah lawan Terengganu FC (3-0)
  5. Kedah lawan Selangor (0-0)
  6. Kedah lawan Kuala Lumpur (5-2)
  7. Kedah lawan Melaka United (2-1)
  8. Kedah lawan Pahang (0-0)
  9. Kedah lawan Petaling Jaya City (1-1)
  10. Kedah lawan PKNP (1-1)
  11. Kedah lawan Perak (4-2)

Gandingan Kpah Sherman dan Thcethce

Kpah tidak menjaring gol pada 2 perlawanan awal bersama PKNS tetapi menjaringkan 2 gol pada 2 perlawanan selepas itu.

Mengumpul 11 jaringan liga, 2 di Piala FA dan 1 Piala Malaysia. Kipre pula mempunyai kemarau jaringan yang panjang apabila gagal menjaringkan gol sepanjang 9 perlawanan awal.

Menjaringkan 5 gol dalam 4 perlawanan selepas itu sebelum kembali dengan kemarau jaringan dalam 9 perlawanan berturut-turut sekali lagi.

Bersama Kedah, pemain ini tidak boleh dimaafkan jika mempunyai rentetan tanpa jaringan yang panjang.

Bagaimanapun pada 2 musim lepas Kedah sememangnya tidak mempunyai penyerang yang cemerlang pada 4-5 perlawanan awal.

Pablo Paralles hanya menjumpai 1 jaringan pada 4 perlawanan awal dan Fernando Rodriguez hanya 1 jaringan pada 5 perlawanan pertama.

Ken Ilso Larson pula menjaringkan 3 jaringan pada 7 perlawanan awal dan Kahe dengan 2 jaringan di 10 perlawanan.

Bermakna Kedah tidak mempunyai momen yang gemilang berkaitan penyerang di awal liga.

Bagaimana pula dengan Sherman dan Kipre nanti?

Nafuzi Zain mempunyai skuad yang baik tetapi keputusan tidak baik di LS1

Dengan kemasukan pemain paling bernilai Liga Singapura 2019 -Faris Ramli- dan kembalinya pemain kegemaran peminat -Faiz Nasir-, pasukan ini dilihat mempunyai pemain sayap menyerang yang terbaik sejak beberapa musim lepas.

Faris Ramli dan Faiz Nasir seharusnya menjadi satu pembaharuan yang lebih baik berbanding musim-musim sebelumnya di bahagian sayap

Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov yang dikekalkan sepatutnya pasukan ini tidak mempunyai masalah besar tentang corak permainanan di kawasan tengah ketika menyerang dan bertahan.

Namun pasukan ini ini dikejutkan dengan kekalahan defisit 2 gol di tangan Perak pada perlawanan pembukaan. Lebih malang ia berlaku di hadapan penonton sendiri.

Seorang lagi pemain yang kembali ke pangkuan Terengganu adalah pertahanan kiri, Arif Fadhilah selepas berkelana semusim ke PKNS.

Pada perlawanan lepas, pertahanan paling konsisten mereka tidak bermain. Tempat Kamal Azizi Zabri ditampung oleh Hafizal Mohammad Alias.

Nafuzi merupakan salah seorang ketua jurulatih muda di divisyen tertinggi ini bersama Nidzam Jamil. Berbanding Nidzam, Nafuzi berada di dalam salah satu pasukan besar dan sudah pasti masa yang ada pada nya untuk membuktikan kemampuan lebih pendek.

2 kekalahan pada 2 perlawanan awal boleh meletakkan Terengganu bermula dengan catatan terburuk sejak beberapa musim lepas.

Cabaran sedikit sukar bagi jurulatih ini adalah Kedah tidak kalah di Darul Aman sepanjang musim lepas di liga.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan