PGMOL Beritahu Arteta Kamera VAR Dihalang Jarrod Bowen, Jadi Tiada Bukti Kukuh Bola Dah Keluar

Jawatankuasa pengadil Liga Inggeris atau PGMOL mengakui bahawa mereka gagal untuk mengesahkan sama ada bola Jarrod Bowen sudah terkeluar daripada permainan atau sebaliknya.

Bola tersebut menjadi punca kepada gol pertama Tomas Soucek dalam aksi kekalahan Arsenal di tangan West Ham 0-2 di Emirates semalam.

Satu lagi gol West Ham adalah menerusi bekas pemain pertahanan Gunnerus, Konstantinos Mavropanos.

Arsenal melakukan 77 sentuhan di dalam kotak penalti lawan. Dan ianya paling banyak sentuhan yang dilakukan pasukan yang tidak menjaringkan gol dalam masa 15 tahun data Opta.

Berbalik kepada VAR yang tidak dapat mengesahkan adakah bola benar benar masih dalam kawasan permainan, PGMOL menyatakan bahawa kamera yang mereka ada tidak dapat merakam secara jelas bola tersebut.

Di mana satu satunya kamera yang paling jelas pula dihalang pemandangannya oleh Jarrod Bowen.

Pengadil dan penjaga garisan sudah memberikan gol kepada West Ham dan meminta pandangan VAR. Dengan tiadanya rumusan konklusif tentang situasi itu maka, VAR memutuskan untuk tidak membatalkan keputusan pengadil di atas padang. Gol itu dikekalkan.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Arteta memberitahu bahawa pegawai perlawanan memberitahunya bahawa, situasi adalah kritikal, dan teknologi tidak dapat membantu memberikan keputusan jelas sama ada gol itu patut kekal atau tidak.

Lalu Arteta mengecam VAR menerusi kenyatannya di Sky Sports. Dia berkata: “Saya tak tengok lagi video itu. Cuma satu perkara yang pegawai ini beritahu saya adalah, imej yang mereka rakam adalah tidak konklusif / tak jelas.”

“Ianya benar benar memalukan, dengan adanya teknologi yang kita ada, hakikatnya kita masih tidak ada imej jelas untuk kita menyatakan sama ada ianya masih dalam permainan atau sudah pun terkeluar.”

Sementara itu bekas pengadil EPL, Mark Clattenburg memberitahu Amazon Prime: “Tiada keputusan lain yang pegawai perlawanan boleh berikan [kecuali VAR ada gambaran jelas].”

“Penjaga garisan yang berada di garisan gol, tidak dapat melihat dengan jelas sama ada bola sudah terkeluar daripada kawasan permainan atau tak.”

“Keputusan pengadil di atas padang adalah gol. Jadi, apabila kamu melihat kesemua bukti yang ada ini, kita tidak boleh 100% jelas bahawa bola sudah terkeluar daripada permainan.”

Penyokong Arsenal benar benar kecewa kerana ini kali kedua insiden hampir serupa melibatkan mereka. Di mana sebelum ini, PGMOL turut menggunakan alasan tiada bukti konklusif – ketika aksi berdepan Newcastle beberapa bulan lalu.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah