Phil Thompson: Werner Mahu Sertai Liverpool

Phil Thompson telah memberitahu Sky Sports bahawa beliau percaya Timo Werner ingin menyertai pasukan Liverpool.

Penyerang sensasi RB Leipzig telah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield – terutama sekali dalam beberapa bulan terakhir.

Sebenarnya, spekulasi tersebut telah bertiup kencang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini selepas main itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak di kelab Jerman.

Tetapi beliau tidak menolak kemungkinan akan kekal sekiranya tiada tawaran yang menarik ataupun lebih baik daripada RB Leipzig.

Sky Sports melaporkan bahawa penyerang Jerman itu berminat untuk berpindah ke Liverpool pada jendela perpindahan yang akan datang.

Legenda Liverpool, Phil Thompson percaya bahawa Werner akan menjadi tambahan yang sangat baik.

Beliau juga mendakwa bahawa pemain itu sendiri mahukan datang ke Merseyside.

Thompson berkata: “Beberapa orang akan bertanya, ‘Adakah Werner akan masuk dan adakah dia ingin datang ke Liverpool?’.”

“Saya fikir dia akan datang dan saya rasa begitu.”

“Dengan adanya pengaruh Jurgen Klopp, saya rasa itu akan menjadi antara faktor penarik bagi beliau menyertai Liverpool.”

“Dan saya rasa beliau akan menjadi pemain yang hebat. Sesuatu yang sebenarnya kita perlukan.”

Ketika ini Timo Werner menerima €53,000 seminggu di RB Leipzig. Beliau sudah bersedia untuk mendapatkan gaji yang lebih lumayan di tempat lain.

Liverpool berhadapan dengan persaingan daripada banyak kelab untuk mendapatkan Timo Werner.

Salah satu sebab kenapa Timo Werner dianggap pilihan yang baik untuk menyertai Liverpool adalah kerana beliau merupakan pemain yang serba boleh.

Werner boleh bermain sebagai penyerang utama/no.9 dan juga sebagai penyerang sayap.

Dengan kejohanan Piala Afrika yang akan kembali dilangsungkan pada pertengahan musim pada musim hadapan, Werner dianggap pemain yang boleh mengisi tempat Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan