Piala FA: Dua Gol Gundongan Berikan Kejuaraan Buat City

Man City menewaskan Man Utd 2-1 untuk menjuarai Piala FA 2022/23. Dan kini Man City di ambang kejayaan luar biasa – treble – kerana selepas ini mereka akan bermain dalam final UCL menentang Inter Milan.

Skuad Pep Guardiola melengkapkan kejuaraan berganda di peringkat domestik. Dan kini berpeluang mengulangi pencapaian treble Man United pada 1998/99. Mereka memenangi Piala FA dan sebelum ini menjadi juara Liga Perdana Inggeris 2022/23.

Kini Man City berpeluang menjadi juara Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab itu.

Bertempat di stadium keramat Wembley, Ilkay Gundogan menjaringkan gol terpantas dalam sejarah final FA Cup dengan gol seawal 12 saat.

Namun Man United menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi Bruno Fernandes selepas bola terkena tangan Jack Grealish dalam kotak penalti.

Bruno Fernandes menggunakan kepakarannya melakukan penalti yang tidak mampu diselamatkan.

Namun begitu pada separuh masa kedua, kapten berpengalaman Man City, Ilkay Gundogan sekali lagi meletakkan pasukannya di hadapan. Hanya selepas enam minit perlawanan disambung semula.

Gundogan berkata: “Semua orang tahu betapa indahnya piala domestik ini di seluruh dunia. Jadi, kejayaan memenangi trofi ini sekali lagi dan melengkapkan domestic double sangat hebat buat kami.”

“Kita sekarang berpeluang melakukan sesuatu yang istimewa dan memenangi treble dan kita tak nak lepaskan peluang ini terlepas daripada genggaman kita.”

Baca yang lain