PIF Mahu Bawa Masuk De Bruyne Dan Mo Salah Ke Liga Arab Saudi Dengan Tawaran Tak Masuk Akal

PIF merupakan dana pelaburan awam kerajaan Saudi yang menjadi pemilik 4 kelab besar di negara itu yang disebut big 4 iaitu Al Hilal, Al Nassr, Al Ittihad dan Al Ahli.

Mereka membantu 4 kelab tersebut mendapatkan ramai bintang dunia untuk datang ke Arab Saudi.

Ini termasuk nama seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Neymar, Sadio Mane, Riyad Mahrez dan ramai lagi.

Tidak cukup dengan pemain pemain yang ada, PIF kini mensasarkan 2 nama besar di EPL pada masa ini iaitu Mohamed Salah dan Kevin De Bruyne.

PIF yang juga merupakan pemilik Newcastle merupakan pemilik 10% saham di Heathrow Airport dan 5% saham dalam Uber. Memiliki jumlah aset yang dikatakan sekitar £538 bilion.

Mereka benar benar serius mahu membantu kelab milik mereka di Saudi mendapatkan sesiapa sahaja yang kelab mahukan. Bermula dengan Cristiano Ronaldo pada Janueri tahun lalu.

Mohamed Salah sebenarnya sudah menjadi sasaran kelab Arab Saudi milik PIF sejak musim lalu lagi. Namun ejen pemain itu mengesahkan bahawa ketika itu Mo Salah masih fokus kepada Liverpool setelah melanjutkan kontrak jangka panjang dengan kelab itu.

Selain itu Liverpool dikatakan tidak berminat menjual Mohamed Salah dengan sebarang harga.

Laporan terbaru menyatakan PIF sedia memecahkan rekod perpindahan dunia yang ketika ini milik PSG ketika mereka membeli Neymar €212 juta dari PSG.

Sebelum ini PIF sedia memecahkan rekod perpindahan Saudi yang dibayar oleh mereka ketika membeli Neymar dengan nilai sekitar €90 juta untuk membolehkan pemain itu menyertai Al Hilal.

PIF benar benar sedia membayar besar untuk mendapatkan bintang Liverpool itu, kerana status Mo Salah yang merupakan pemain beragama Islam paling berpengaruh di dunia pada masa ini dianggap akan menjadi nilai tambah penting dalah menaikkan imej bola sepak di Arab Saudi.

Selain itu, Mohamed Salah masih lagi pemain yang bermain di tahap tertinggi dalam permainannya.

PIF malah sedia menawarkan gaji sangat besar kepada Mohamed Salah, di mana kontraknya akan berakhir pada musim panas 2025.

PIF percaya Liverpool akan sedia mempertimbangkan tawaran mereka memandangkan usia Mo Salah ketika ini sudab semakin meningkat.

Kelab yang dikaitkan dengan Mo Salah adalah Al Ittihad. Yang sedia membayar lebih €200 juta untuk membeli pemain tersebut.

Mo Salah ketika ini menerima £350,000 seminggu. Al Ittihad sedia menawarkan gaji sehingga 5 kali ganda lebih besar. Ini termasuk pakej bonus dan juga beberapa hak ekslusif lain seperti gaji bersih tanpa dikenakan cukai.

Seterusnya nama Kevin De Bruyne juga menjadi nama besar terbaru yang dikaitkan dengan kelab PIF. Pemain ini juga memiliki kontrak sehingga musim panas 2025.

De Bruyne ditandatangani dengan nilai £55 juta pada musim panas 2015. Angka yang awalnya dianggap agak terlebih bayar pada masa itu. Namun ternyata ianya ibarat harga lelong memandangkan prestasi De Bruyne yang luar biasa sejak menyertai Man City dan membantu kelab itu memenangi banyak sekali trofi.

De Bruyne setakat ini menjaringkan 96 gol untuk Man City dan mencipta lebih 150 assist dalam 358 penampilan. Sudah memenangi 13 trofi keseluruhan bersama kelab berpangkalan di Manchester itu. Dia mulai dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik yang pernah beraksi di EPL.

Menurut wartawan Rudy Galetti, delegasi Saudi akan cuba berunding dengan Man City berkaitan dengan perpindahan pemain itu.

Kini nama De Bruyne dan Mo Salah menjadi dua nama yang paling dikehendaki kelab Saudi di bawah PIF.

Pep Guardiola dikenali dengan pendekatan terbuka untuk melepaskan pemain yang mahu pergi. Dasar yang sama juga akan digunakan kepada De Bruyne jika pemain itu meminta untuk dilepaskan.

PIF sedia membayar sekitar £100 juta untuk membeli De Bruyne. Dengan City turut kuat dikaitkan dengan bintang Bayer Leverkusen, Florian Wirtz sebagai salah satu sasaran jangka panjang mereka untuk menggantikan De Bruyne di masa akan datang.

Jika City menjual De Bruyne ke kelab Saudi pastinya mereka akan bertindak lebih cepat memancing Wirtz.

Sebelum ini City sudah menjual Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte ke Arab Saudi. Dan segera membawa masuk pemain berkualiti menggantikan mereka iaitu Jeremy Doku dan Josko Gvardiol.

Hubungan yang baik antara PIF dengan Man City sebelum ini membuatkan organisasi itu yakin bahawa mereka boleh memujuk City menjual De Bruyne kepada mereka.

PIF juga kekal dengan polisi menawarkan gaji yang dianggap sukar ditolak oleh De Bruyne. Ini termasuk bonus insentif yang sangat banyak.

Sementara itu Mohamed Salah pula dikatakan sedang dalam fasa untuk berunding kontrak baharu dengan Liverpool dalam masa terdekat ini.

Ianya akan menjadi detik penting dalam menentukan masa depan pemain itu.

Dengan kedua dua pemain sudah berada di fasa akhir peak karier mereka, mungkinkah mereka akan sedia untuk ke Arab Saudi untuk menuai wang yang banyak? Setelah memenangi segalanya bersama kelab semasa mereka?

Baca yang lain