Pique Tak Kecil Hati Dengan Barca, Malah Lebih Bersemangat Untuk Kekal

Barcelona menerusi pengurusnya, Xavi dilaporkan sudah bertemu dengan Gerard Pique dan memberitahu pemain itu bahawa Xavi tidak berharap kepadanya musim hadapan.

Xavi menegaskan bahawa dia tidak pernah meragui kualiti Pique yang masih ada untuk bermain di peringkat tertinggi, namun dia mempersoalkan komitmen Pique untuk fokus sepenuhnya kepada aksi di atas padang.

Xavi kurang selesa dengan tahap profesionalismen Pique kerana pemain itu terlalu banyak membahagikan tumpuannya kepada syarikat persendiriannya.

Lantas Xavi mencadangakan agar Pique meniru apa yang dilakukan Puyol dahulu. Menamatkan kontraknya atas persetujuan bersama dengan kelab dan mendermakan tunggakan gaji yang masih ada kepada kelab.

Barca berjanji tak akan menuntut sebarang wang daripada penamatan itu. Sebab tu mereka sedia membuka rundingan penamatan atas persetujuan bersama. Dengan ini mereka merasakan Pique boleh fokus sepenuhnya kepada bisnes dia. Atau dia bebas  memilih mana mana kelab dia nak sebagai ejen bebas. Hmmm.. Dah habis ejas dah ni.

Puyol sebelum ini pernah menamatkan kontraknya dan tidak menuntut baki kontraknya yang masih tinggal setahun dengan kelab itu.

Barcelona sebenarnya tidak boleh menamatkan kontrak Pique atau menjual pemain itu. Ini kerana mereka masih berhutang EUR50 juta tunggakan gaji dengan pemain itu.

Jika mereka menjual Pique, pemain itu mungkin akan menyusahkan mereka dengan tuntutan di mahkamah ke atas gajinya. Memandangkan situasi ekonomi Barcelona sekarang tidak bagus.

Cara terbaik untuk Barcelona adalah melihat Pique bersara awal ataupun dia sendiri meminta penamatan kontrak. Jika ini berlaku, Barca mungkin boleh menangguhkan gaji Pique lagi tanpa ada ancaman daripada perundangan oleh pasukan peguam mewakili Pique.

Dan cara paling diinginkan Barca ketika ini pastinya Pique mengikut langkah Puyol dulu.

Jika itu berlaku, mereka boleh mengurangkan bil gaji pasukan dan membawa masuk bek tengah baharu. Dilaporkan Koulibaly dan Kounde menjadi idaman Xavi ketika ini.

Selepas bertemu dengan Xavi, Pique berkeras bahawa dia mahu terus kekal dan berjanji akan bangkit semula musim hadapan.

Pique malah sedia membuktikan kepada Xavi bahawa dia akan terus menjadi pemain kesebelasan utama Barca.

Dan lebih menarik sudah bertemu dengan presiden kelab, Joan Laporta. Di mana dia berjanji akan fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Selain itu Pique berjanji akan mengurangkan aktivitinya di media sosial terutama sekali Twitch.

Pique juga dikatakan sedia menyerahkan urusan syarikatnya sepenuhnya kepada orang kanannya. Dengan itu Pique yakin dia akan mengekalkan prestasi terbaiknya.

Pique turut sedia untuk menerima pengurangan gaji.

Paling menarik, Pique tidak kecil hati mendengar Xavi mahukan pemain bek tengah baharu. Dia malah memberikan kata kata motivasi dan nasihat.

Pique berkata: “Teruskanlah [mencari bek tengah baharu].”

“Bawa masuk bek tengah terbaik di dunia. Dan dia akan menjadi pemain gantian, sementara saya akan beraksi di permulaan [kesebelasan utama].”

Dengan situasi kewangan Barca sekarang. Amat sukar untuk mereka mendapatkan bek tengah elit dunia. Kecuali mereka menyingkirkan pemain seperti Pique atau De Jong terlebih dahulu.

De Jong sebenarnya mahu dilepaskan untuk mengosongkan slot bagi kemasukan Lewandowski.

Jadi cara terbaik ketika ini adalah melihat Pique pergi dengan syarat atas persetujuannya.

Pique tanpa ragu, merupakan legenda Barcelona. Namun dia kini menjadi pemain yang memaksa kelab membelanjakan kos yang sangat tinggi.

Jika Pique terus kekal untuk musim hadapan, Barcelona akan meningkatkan lagi hutang mereka dengan Pique kepada EUR80 juta. Mujur Pique dah berjanji akan menerima pengurangan gaji. Tetapi tak pasti berapa.

Beberapa minggu lalu, Barcelona menyatakan bahawa, mereka ketika ini memerlukan EUR500 juta untuk keluar daripada kemelut krisis kewangan yang kritikal.  Laporta sudah melakukan segalanya untuk membantu kelab mengurangkan hutang mereka termasuk menjual hak Nou Camp dan menyediakan pakej sewaan majlis perkahwinan dalam stadium.

Selain itu, mereka juga melepaskan Messi, Coutinho dan Griezmann yang bergaji sangat tinggi.

Itupun masih memerlukan EUR500 juta lagi.

Baca yang lain