PL Dan EA Hasilkan Sorakan Virtual Untuk Liga Perdana Inggeris Yang Akan Bersambung

Liga Perdana Inggeris akan dimulakan semula dalam beberapa minggu lagi. Kini EPL dalam fasa akhir untuk persiapan bagi sambungan semula.

Sky Sports sedang bekerjasama dengan EA Sports untuk menghasilkan simulasi sorakan dan chant seperti mana dalam permainan FIFA.

Crowd virtual ini akan diletakkan di beberapa stadium terpilih untuk kegunaan siasran langsung.

Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk meniru dan mewujudkan suasana dengan crowd yang penuh keghairahan dalam aksi EPL seperti sebelum ini – menurut kenyataan media.

Dengan liga yang akan bersambung dalam keadaan stadium kosong, oleh kerana langkah keselamatan pandemik, maka suasana hari perlawanan pastinya sunyi.

Oleh itu, EA-FIFA dan EPL bekerjasama untuk memastikan sorakan itu wujud. Dan kedua dua pihak sedang berbincang tentang untuk mewujudkan crowd yang kena dengan situasi.

Sorakan virtual ini sudah pun diaplikasikan di Bundesliga walaupun mendapat bantahan daripada segelintir pihak. Namun ramai juga yang merasakan ia idea yang boleh tahan. Kerana ini hanya untuk sementara waktu sahaja.

Dalam Superliga Denmark, AGF Aarhus bermain dengan para peminat dipaparkan menerusi lcd besar di dalam stadium.

Players vie for the ball as fans are streamed live on to the screens on the sidelines during the 3F Super League football match between AGF and Randers FC at Ceres Park in Aarhus, Denmark, on May 28, 2020, as the season resumed following a two-month absence due to the novel coronavirus COVID-19 pandemic. (Photo by Henning Bagger / Ritzau Scanpix / AFP) / Denmark OUT (Photo by HENNING BAGGER/Ritzau Scanpix/AFP via Getty Images)

Selain daripada crowd digital ini, Sky Sports juga menyatakan bahawa mereka akan cuba memastikan peminat dapat berinteraksi menerusi aplikasi mereka sambil menonton perlawanan pilihan mereka.

Para peminat akan menonton aksi dengan rakan mereka, dan sorakan daripada rumah mereka akan membantu mempengaruhi suara sorakan yang akan ditayangkan di dalam tv.

“Dengan siaran langsung sukanyang ditangguhkan selama lebih dari dua bulan, kami telah menghabiskan banyak waktu untuk memikirkan bagaimana kami menyiarkannya dengan cara baru untuk menyatukan peminat, walaupun mereka tidak dapat bersua untuk menonton pertandingan,” Rob Webster, Pengarah Urusan Sukan di Sky Sport.

“Kami mahu penonton Sky Sports masih merasakan semuanya dan mempunyai pengalaman menonton sebaik mungkin – walaupun mereka tidak dapat berada di stadium atau menonton bersama keluarga dan rakan mereka.”

Sky Sports akan menayangkan keseluruhan 64 perlawanan, dengan 39 eksklusif untuk pelanggan dan 25 tambahan ditayangkan di saluran Sky-free.

Perlawanan akan dijadualkan untuk bersambung semula pada 17 Jun dengan Aston Villa menentang Sheffield United, dan Manchester City akan menentang Arsenal.

Dalam mesyuarat terakhir di kalangan rakan kongsi EPL, rata rata kelab sebulat suara menyokong idea ini. Oleh sebab itu ianya akan dilaksanakan.

Baca yang lain