Pochettino Dedah Manifesto Mbappe, Berjanji Akan Berikannya Kemenangan Kedua

Kylian Mbappe mempamerkan salah satu aksi terbaik dalam kariernya di Nou Camp. Di hadapan pemenang Ballon d’Or 6 kali Lionel Messi, Mbappe menjaringkan hatrik dalam kemenangan 4-1 PSG ke atas Barcelona.

Selepas tamat perlawanan, pengurus  PSG mendedahkan satu kisah menarik di antara beliau dan Mbappe.

Di mana pemain muda itu masuk ke padang latihan seperti biasa dan pergi ke arahnya. Mbappe bertanya kepada Pochettino, sebelum ini sudah berapa kali pengendali dari Argentina itu menang di Nou Camp.

Pochettino menjawab, cuma sekali sahaja. Lalu Mbappe berjanji bahawa dia akan memastikan mereka berdua menikmati kemengan kedua untuk mereka pada keesokan harinya.

Bercakap kepada media, Pochettino berkata: “Semalam, di padang latihan, Mbappe bertanya kepada saya, berapa kali saya pernah menang di Nou Camp? Saya beritahu dia, cuma sekali je.”

“Dia membalas: ‘Esok, kita akan menang yang kali kedua’. Dia pemain yang berkelas dunia.”

Mbappe berjaya membuktikan bahawa beliau bukan bercakap kosong. Di mana Mbappe menunjukkan aksi MOTM dalam perlawanan tersebut.

Malah, pemain Barca, Antoine Griezmann turut menghamburkan pujian kepada Kylian Mbappe.

Griezmann berkata: “Kita semua harus menikmati detik Kylian Mbappe. Oleh kerana PSG ada pemain yang bakal setaraf dengan Leo [Messi] dan Cristiano [Ronaldo].”

Walaupun meledak empat gol di tempat lawan, mantan bos Tottenham Pochettino memberi amaran kepada pesaingnya bahawa pasukannya masih boleh melakukan yang lebih baik daripada aksi semalam.

“Saya rasa tidak ada kesempurnaan [dalam bola sepak],” tambahnya.

“Kita semua berusaha untuk kesempurnaan, kita akan cuba untuk bertambah baik tetapi ada perkara yang kita boleh lakukan dengan lebih baik.”

“Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki tetapi saya gembira dengan pemain saya. Mereka menunjukkan permainan yang sangat hebat. Sekarang kami akan fokus pada Kejuaraan dan kami harus bermain satu lagi permainan yang sangat besar dalam tiga minggu dalam aksi timbal balik untuk layak. ‘

Rio Ferdinand percaya Mbappe telah berada di kelas tersendiri dan akan ‘mengambil alih takhta’ dari Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kerana dia ‘menonjol seorang diri’ berbanding pemain muda lain sebaya dengan beliau.

Dan Pochettino memuji pemenang Piala Dunia, dia berkata: ‘Tidak ada keraguan bahawa Kylian adalah salah seorang pemain terbaik di dunia, walaupun usianya masih muda. Dia sudah melakukan perkara luar biasa. Tetapi kita harus tetap merendah diri.”

Baca yang lain