Pochettino Mahukan Meng’Argentina’kan Chelsea Dengan 4 Sasaran Utama Beliau

Mauricio Pochettino dilaporkan sudah mencapai kesepakatan bersama dengan Chelsea untuk menjadi pengurus baharu kelab itu.

Chelsea memecat Graham Potter, pengurus kedua yang dipecat selepas Thomas Tuchel – pada musim ini.

Dan kini dikendalikan pengurus interim Frank Lampard.

Pochettino dilaporkan akan diumumkan dalam masa terdekat. Namun hanya akan memulakan tugasannya selepas tamat musim ini.

Pochettino sudah memberitahu hierarki tertinggi Chelsea untuk mendapatkannya 4 pemain ini.

Berikut senarainya:

1. Lautaro Martinez

Mauricio Pochettino jelas sekali meminati penggempur Argentina itu sejak sekian lama. Dan dia mahu bekerjasama dengan Martinez di Chelsea.

Pemain yang dianggap akan  menjadi pelengkap kepada sistem serangan Chelsea.

Lukaku mungkin memainkan peranan penting dalam perpindahan ini untuk dijadikan salah satu syarat pembelian.

Lukaku ketika ini hanya berstatus pemain pinjaman di Inter dengan kontrak pinjaman 2 tahun.

2. Emi Martinez

Satu lagi nama juara dunia dari Argentina yang yang dimahukan Pochettino ialah Emi Martinez.

Chelsea dilaporkan tidak akan melanjutkan kontrak Edouard Mendy. Dan mereka mahu mencari penjaga gol no.1 yang baharu iaitu Emi Martinez.

Pemain penjaga gol yang boleh bermain ball playing dengan baik.

3. Alexis Mac Allister

Tidak cukup dengan dua nama di atas, seorang lagi pemain Argentina yang menjadi pemain utama Brighton iaitu Alexis Mac Allister berada dalam senarai.

Pochettino mahu gandingan tengah yang segar dan baharu di Stamford Bridge.

Todd Boehly dilaporkan sedia bergerak awal untuk memulakan rundingan dengan menjadikan Levi Cowill sebagai salah satu syarat perjanjian.

Dengan adanya Enzo Fernandez dan nama seterusnya dalam senarai ini, pastinya Pochettino sedang memikirkan rombakan di bahagian tengah.

4. Declan Rice

‘Nama seterusnya’ yang dimaksudkan adalah bekas graduan akademi Chelsea sendiri. Pemain yang diletakkan nilai sekitar GBP120 juta oleh David Moyes pada masa ini.

Rice sebelum ini menolak perpindahan ke kelab lain kerana mahukan jaminan minit permainan bagi membolehkannya bermain sebagai kesebelasan utama England dalam Piala Dunia 2022.

Kini pemain itu sudah sedia untuk mencari cabaran baharu.

Rice dianggap pemain yang sempurna untuk Chelsea. Ditambah dengan sifat kepimpinannya yang kuat.

Chelsea beritahu Pochettino untuk jual pemain

Dalam rundingan dengan Chelsea, Pochettino dilaporkan sudah diberitahu agar dia menjual beberapa pemain untuk membolehkannya mendapatkan pemain baharu.

Ini kerana Chelsea memiliki skuad terlalu besar dan sudah berbelanja melampaui batas.

Baca yang lain