Pogba Buat Laporan Polis, Abang Dan Rakannya Sejak Kecil Peras Ugut Dia €13 Juta

Paul Pogba dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman abangnya, Mathias, kerana mengancam dan mengugut ejennya, Rafaela Pimenta dan mengaitkan rakan senegara Pogba iaitu Kylian Mbappe dalam kenyataan yang tidak berasas.

Mathias Pogba mengeluarkan video di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan rahsia pemain tengah Juventus itu kepada umum. Perkara itu benar benar mengejutkan ramai kerana adik beradik Pogba seringkali digambarkan sebagai sangat mesra dan saling menyokong.

“Rakyat Perancis, Itali, England dan Sepanyol berhak mengetahui beberapa perkara. Pada asasnya, seluruh dunia, termasuk peminat abang saya di Perancis, Juventus dan penajanya,” kata Mathias Pogba dalam videonya.

“Mereka mesti mempunyai maklumat dan membuat keputusan sama ada dia layak mendapat penghormatan atau kasih sayang peminat. Sama ada dia layak bermain di kesebelasan utama Juventus dan tempat dalam pasukan kebangsaan Perancis di Piala Dunia.”

Matthias menyatakan dia akan mendedahkan kebenaran dalam beberapa hari lagi.

Pogba kemudian membuat laporan polis terhadap abangnya sendiri. Kerana video yang mengejutkan itu. Di mana Pogba telah memaklumkan penyiasat polis bahawa abangnya, Mathias, telah menjadi sebahagian daripada ahli kongsi gelap yang cuba memeras ugutnya untuk mendapatkan €13 juta.

Pendakwa raya negara Perancis telah membuka penyiasatan ke atas kemungkinan “percubaan memeras ugut oleh gangster secara terancang.” Paul Pogba menuduh Mathias Pogba kemudiannya membuat keyataan media sosial tidak berasas mendakwa bahawa media cuba memutar belit fakta. Matthias menudug Paul Pogba telah berbohong kepada pihak berkuasa Itali.

Dalam beberapa siri temu bual dengan pihak berkuasa, Paul Pogba difahamkan berkata dia telah diperangkap oleh rakan zaman kanak-kanak dan dua lelaki bertopeng bersenjatakan senapang semasa kejadian di Paris. Kumpulan yang menuntut €13 juta daripadanya, yang mana abangnya Mathias Pogba juga merupakan sebahagian daripadanya.

Juara dunia 2018 itu mendakwa menjadi mangsa ugutan dan cubaan peras ugut daripada abangnya dan rakan-rakan zaman kanak-kanaknya.

Menurutnya, kumpulan itu meminta €13 juta daripadanya dan telah menakut-nakutkannya beberapa kali sejak itu, termasuk pergi ke pusat latihan Juventus di Turin, di mana dia memberitahu polis bahawa dia mengenali abangnya Mathias Pogba antara suspek yang terlibat.

Antara 25 dan 29 Mac, ketika pasukan kebangsaan Perancis menjadi tuan rumah kepada Ivory Coast dan Afrika Selatan dalam perlawanan persahabatan, Paul Pogba mengambil kesempatan untuk melawat keluarganya di Lagny-sur-Marne.

Rakan-rakannya itu kemudiannya didakwa telah mengheretnya ke sebuah apartmen di Paris, di mana mereka telah menyalahkan Pogba kerana tidak membantu mereka dari segi kewangan sejak dia menjadi pemain profesional.

Menurut mereka, Pogba lupa daratan dan tidak langsung memberikan mereka bantuan kewangan sebagai seorang rakan.

Di antara mereka, dua lelaki bersenjata menuntut €13 juta untuk “perkhidmatan perlindungan yang diberikan kepada Pogba,” mendakwa bahawa mereka telah melindunginya secara diam-diam selama 13 tahun.

Juara dunia 2018 itu meyakinkan penyiasat bahawa dia telah melihat pemeras ugut tersebut beberapa kali, terutamanya pada April di Manchester, kemudian pada Julai di pusat latihan Juventus di Turin. Di Turinlah dia mengetahui bahawa abangnya Mathias rupa rupanya mempunyai hubungan terlibat sebagai antara orang yang dituduh menakut-nakutkannya.

Selepas episod mengejutkan dan tak masuk akal itu, Paul Pogba mendekati peguam kelabnya yang memutuskan untuk memberitahu polis.

Semasa temu bual dengan polis, pemain Juventus itu menjelaskan kepada penyiasat dari Direktorat Pusat Polis Kehakiman bahawa dia sentiasa rapat dengan rakan-rakan zaman kanak-kanaknya dan dia tidak pernah teragak-agak untuk membantu mereka dari segi kewangan ketika mereka memerlukan.

Sehinggalah pada Januari tahun lalu, apabila dia terpaksa menghalau seorang kawannya dari rumahnya yang dia ajak tinggal di Manchester. Dia berbuat demikian kerana menyedari individu ini telah menggunakan kad kreditnya dan mencuri €200,000 daripada kad itu.

Penyiasat, menurut media itu, difahamkan bahawa mereka cuba menuduh Pogba cuba menyihir dan menyantet Kylian Mbappé kerana cemburu dengan pemain it. Pogba sama sekali menafikan tuduhan itu.

Baca yang lain