Pogba Kecam The Sun Jadi Batu Hubungannya Dan Ole Dengan Sebar Berita Palsu

Paul Pogba tampil mengecam The Sun berikutan laporan daripada tabloid itu bahawa Pogba telah mengabaikan Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan di tangan Liverpool dan mahu meninggalkan kelab tersebut.

Laporan yang sama membayangkan bahawa Pogba sedia menentang Ole Gunnar Solskjaer sama seperti yang dia lakukan kepada Jose Mourinho sebelum ini.

Tuduhan tersebut ternyata terlalu berat untuk diterima oleh Pogba.

Pogba diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut. Di mana beliau menerima kad merah hanya selepas 15 minit di atas padang.

Pemain tengah United itu melabelkan dakwaan bahawa dia tidak pernah mengabaikan Ole Gunnar Solskjaer di bilik persalinan selepas kekalahan Manchester United 5-0 kepada Liverpool. Sambil melabel ia sebagai ‘BERITA PALSU’.

Dan The Sun mendakwa pemain tengah itu meminta maaf kepada rakan sepasukannya selepas perlawanan, tetapi ‘berang’ dengan taktikal memalukan Solskjaer, yang dilaporkan telah ‘hilang kepercayaan’ di kalangan ramai pemain senior di bilik persalinan.

Pogba sebelum ini masuk bangku simpanan dalam dua perlawanan terakhir United berikutan kekalahan 4-2 di tempat lawan kepada Leicester, selepas itu dia berkata: “Kami sudah lama mengharungi perlawanan sebegini.”

“Kami tidak mengenalpasti masalah kami sendiri, melepaskan gol mudah – kami perlu lebih matang, bermain dengan lebih banyak pengalaman dan ‘ego’ dengan cara yang baik.”

“Kita perlu mencari sesuatu, kita perlu berubah.”

Dan The Sun mungkin merasakan itu adalah kemarahan Pogba yang mengabaikan Solskjaer, jadi mereka telah mengada adakan cerita. Sekurang-kurangnya itulah yang didakwa Pogba.

Pemain tengah United itu menggunakan Twitter untuk menyiarkan gambar tajuk berita, dengan ‘BERITA PALSU’ terpampang di atasnya, disertai dengan kapsyen: ‘Pembohongan besar untuk dijadikan tajuk utama’.

Ini bukan kali pertama The Sun menjaja cerita palsu terutama sekali melibatkan pemain bola sepak.

Ramai pemain dan pasukan sudah memboikot The Sun kerana tabloid tersebut dilihat hanya menulis cerita untuk melariskan akhbar mereka.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali