Polis Colombia Guna Facebook Tawar RM12.45 Juta Cari Penjenayah Mirip Mark Zuckerberg

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg merupakan seorang usahawan internet, dermawan, ahli perniagaan dan taikun media.

Wajahnya sangat popular di seluruh dunia. Wajah buat duit kata orang. Dan wajah yang sama turut ‘buat duit’ di Colombia kalau korang terjumpa dan memberikan maklumat kepada pihak polis.

Ini selepas polis Colombia mengeluarkan lakaran saspek kes jenayah yang mirip kepada Mark Zuckerberg.

Policía Nacional de los Colombianos (Polis Colombia) menggunakan laman Facebook untuk menghebahkan tentang pencarian dan pemburuan mereka itu.

Terdapat dua orang penjenayah yang dikendaki. Salah seorang daripada mirip kepada Mark Zuckerberg. Jika orang awam ada maklumat tentang penjenayah tersebut, mereka akan mendapat habuan wang.

Polis Colombia menawarkan habuan $3 juta kepada sesiapa sahaja yang ada maklumat tentang suspek. Itu bersamaan dengan lebih RM12,45 juta

Posting mereka berbunyi, “Bantu kami mengesannya! Ini adalah potret pelaku serangan terhadap helikopter yang membawa Tuan Presiden Iván Duque dan rombongannya. Ganjaran hingga $3 juta. Talian untuk dihubungi 3213945367 atau 3143587212. ”

Gambar ‘Mark Zuckerberg’ yang dilukis itu telah mendapat banyak perhatian sejak siaran tersebut dikongsi. Kejahatannya seperti yang disebut oleh Polis Kolombia ialah dia menembak pesawat Presiden ketika Presiden sedang terbang melalui wilayah Catatumbo negara itu menuju ke kota Cacuta yang merupakan ibu kota Norte De Santander pada hari Jumaat.

Bersama dengan Presiden, pegawai-pegawai negara lain juga hadir di dalam pesawat termasuk Menteri Pertahanan Diego Molana, Menteri Dalam Negeri Daniel Palacios dan gabenor Norte De Santander. Pesawat tersebut terdapat beberapa lubang peluru angkara penembak berwajah Mark Zuckerberg.

Ramai yang tag nama Mark Zuckerberg di ruangan komen.

Baca yang lain