Polis Gempur Stor Ketum Lengkap CCTV, Penjual Menjana RM60,000 Sebulan

Polis Alor Star telah menumpaskan sindiket penjualan ketum yang dianggarkan bendapatan kasar kira-kira RM60,000 sebulan.

Seorang petani telah menjadikan rumahnya yang terletak di sebuah kampuh di Kuala Kedah sebagai stor ketum.

Dia sudah menjalankan perniagaan ketum itu sejak 3 tahun yang lalu. Dan markas ketum itu siap dipasang dengan empat kamera litar tertutup, CCTV bagi mengawasi kehadiran orang luar terutama pihak berkuasa.

Suspek kemudian menjadikan kedai makannya sebagai port untuk para penagih ketum.

Ketika serbuan dilakukan, lelaki berusia 44 tahun itu baru sahaja selesai membungkus air ketum yang telah siap diproses.

Wakil Astro AWANI yang turut menyertai operasi berkenaan difahamkan, lelaki itu menjual kira-kira 1,000 bungkus air ketum sehari.

Di mana setiap sebungkus air ketum dijual pada harga antara RM2 hingga RM3 sebungkus.

Suspek turut mengaku memperoleh pendapatan lebih RM2,000 setiap hari.

Oleh kerana hasil yang lumayan itu menyebabkannya dia meneruskan perniagaan berkenaan walaupun menyedari ia salah di sisi undang-undang.

Selain itu, Awani juga melaporkan seorang remaja berusia 19 tahun turut ditahan.

Foto: Awani

Remaja itu merupakan tukang masak air ketum.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata:

“Polis berjaya merampas lebih 1,000 bungkus air ketum yang telah siap diproses dan sedia untuk dijual.”

Beliau menegaskan bahawa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Mohd Redzuan juga memberitahu wartawan bahawa Kuala Kedah sebagai kawasan rintis. Oleh itu pihaknya akan terus melakukan operasi memerangi sindiket penjualan ketum.

Mohd Redzuan menambah: “Kawasan rintis ini maksudnya ia adalah kawasan yang banyak kes berkaitan dadah termasuk ketum, jadi kita ambil pendekatan untuk memulihkan kawasan tersebut,” katanya.

Masalah pengedaran ketum ini terus berleluasa kerana adanya permintaan tinggi ke atasnya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di