Presiden Barca: “Neymar Boleh Datang Bila ‘Free’, Pemain Ke PSG Pun Sebab Jadi Hamba Duit Je”

Joan Laporta seolah olah mengiyakan laporan daripada L’Equipe sebelum ini yang menulis bahawa PSG mahu menawarkan Neymar ke Barcelona.

Dengan mukatamadnya kontrak luar biasa Mbappe, PSG kini berdepan dengan risiko FFP. Ya, walaupun  setiap tahun dia berdepan dengan risiko FFP tapi selamber je dia tak tersabit dengan sebarang kesalahan.

La liga buat aduan

Presiden La Liga, Javier Tebas turut mengecam kontrak baharu Kylian Mbappe di Paris Saint-Germain sebagai “penghinaan kepada bola sepak” selepas pemain antarabangsa Perancis itu menolak perpindahan ke Real Madrid dan kekal di PSG.

Tebas telah mengkritik sekeras-kerasnya perjanjian itu dan mempersoalkan bagaimana PSG mampu menawarkan pakej kewangan yang begitu lumayan kepada pemenang Piala Dunia itu.

“Apa yang PSG akan lakukan dengan memperbaharui Mbappe dengan jumlah wang yang besar (untuk mengetahui dari mana dan bagaimana dia membayar jumlah itu) selepas € [wang yang banyak] dalam musim-musim kebelakangan ini dan mempunyai lebih daripada €600 juta dalam bil gaji, ia adalah satu penghinaan kepada bola sepak,” tweet Tebas.

“[Presiden PSG, Nasser] Al-Khelaifi sama bahayanya dengan Liga Super,” tambah Tebas, merujuk projek Liga Super yang gagal yang ditentang hebat oleh Javier Tebas dan Nasser Al Khelaifi sendiri sebelum ini.

PSG menarik diri daripada pakatan 12 pasukan pada musim panas lalu. PSG menolak pelawaan itu. Dan ianya membolehkan Al-Khelaifi mendapat peranan berkuasa sebagai pengerusi Persatuan Kelab Eropah (ECA).

Presiden Real Madrid, Florentino Perez, sebaliknya, merupakan pejuang utama di sebalik idea Liga Super Eropah, yang tumbang selepas 48 jam pada April tahun lalu berikutan tindak balas hebat daripada penyokong dan UEFA.

La Liga mengesahkan bahawa ia memfailkan aduan kepada UEFA, mahkamah pentadbiran Perancis dan Kesatuan Eropah berhubung pembaharuan kontrak Mbappe.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, La Liga berkata ia adalah “skandal” bahawa PSG mampu untuk membuat perjanjian itu.

Kenyataan itu berbunyi: “Mengenai kemungkinan pengumuman Kylian Mbappe untuk kekal di PSG, La Liga ingin menyatakan bahawa perjanjian jenis ini menyerang kestabilan ekonomi bola sepak Eropah, meletakkan risiko ratusan ribu pekerjaan dan integriti sukan, bukan sahaja dalam pertandingan Eropah, tetapi juga dalam liga domestik.”

Tebas kemudian membandingkan situasi PSG dengan kelab seperti Real Madrid dan Barcelona, di mana Real Madrid memiliki sumber ekonomi dan pendapatan lebih baik berbanding PSG yang bermain di Ligue 1 dengan pendapatan jauh kecil.

Seterusnya, dalam kes Barcelona, kelab itu terpaksa melepaskan Lionel Messi tahun lalu selepas kelab tidak dibenarkan mendaftarkan Messi kerana peraturan FFP. Messi kemudian menyertai PSG.

Tebas membantah perpindahan Messi itu. Sama seperti dia membantah perpindahan Neymar ke PSG beberapa tahun lalu sebagai satu skandal.

Kini dia membantah Mbappe terus kekal di PSG dan menolak tawaran daripada kelab yang lebih layak memiliki pemain itu iaitu Real Madrid.

“Adalah memalukan apabila kelab seperti PSG, yang musim lalu melaporkan kerugian lebih 220 juta euro selepas mengumpul kerugian lebih 700 juta euro pada musim sebelumnya (sambil melaporkan pendapatan penajaan pada penilaian yang meragukan), dengan kos skuad sekitar 650 juta untuk musim ini, boleh memuktamadkan perjanjian sedemikian, manakala kelab-kelab yang mampu membayar pengambilan pemain tanpa melihat bil gaji mereka terjejas, dibiarkan tanpa dapat menandatangani pemain tersebut.”

Kenyataan itu menambah: “La Liga akan memfailkan aduan terhadap PSG di hadapan UEFA, mahkamah pentadbiran Perancis dan pihak berkuasa fiskal dan pihak berkuasa Kesatuan Eropah demi untuk terus mempertahankan ekosistem ekonomi bola sepak Eropah dan kemampanannya.”

Beberapa hari selepas kenyataan Tebas itu, PSG dilaporkan cuba menstruktur semula pasukan mereka. Di mana Mbappe menjadi watak penting dalam keputusan mereka untuk mendapatkan pemain baharu atau mengeluarkan pemain yang sedia ada.

Mbappe dikatakan mencadangkan agar PSG mendapatkan rakan sepasukannya dalam pasukan Perancis iaitu Ousmane Dembele yang menjadi ejen bebas.

Untuk mendapatkan Dembele, PSG bercadang untuk mengosongkan gaji Neymar daripada bil mereka. Dan Mbappe dikatakan setuju dengan cadangan tersebut.

Neymar ke Barca

Neymar ada hubungan yang kuat dengan Barcelona. Pemain itu baru sahaja menandatanganji lanjutan kontrak baharu di PSG. Dan dia sebelum ini menyatakan taat setianya kepada PSG. Sambil menyatakan dia menyesal kerana pernah terfikir mahu meninggalkan PSG untuk kembali semula ke Barca.

Situasinya kini, Neymar berpeluang untuk kembali ke Barca. Kerana PSG memang mempertimbangkan mahu melepaskan pemain itu.

Presiden Barcelona mendengar laporan itu dan membalas: “Siapa yang tak suka Neymar? Dia pemain yang luar biasa. Namun pemain pemain seperti ini hanya boleh kembali semula ke Barca sebagai perpindahan percuma.”

Laporta membayangkan bahawa Barcelona tidak mampu membayar harga untuk pemain seperti Neymar. Namun mereka sentiasa dialu alukan untuk kembali ke Barca apabila sudah percuma kelak.

Seterusnya, Laporta menyindiri PSG: “Pemain pemain yang menandatangani kontrak dengan PSG, hampir kesemua mereka menandatangani kontrak kerana menghambakan diri mereka kerana duit.”

Laporta menegaskan perkara yang sama tentang Lionel Messi kerana Barcelona tidak boleh membeli pemain bintang seperti Messi kerana FFP.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di