Presiden FIGC Menyampah Dengan Mourinho Yang Kuat Kondem Pengadil

Presiden FIGC (FAM cawangan Itali) Gabriele Gravina mengkritik bantahan Roma baru-baru ini terhadap pegawai perlawanan di Itali.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini di ibu pejabat AIA, Gravina bercakap mengenai hubungan antara pengadil dan pasukan serta pengurus dalam Serie A.

Dan Gravina dengan terbuka mengutuk AS Roma yang diketuai Jose Mourinho di tepi padang.

“Terdapat peraturan yang terpakai kepada semua orang. Mereka mesti dihormati, ia bukan pemandangan yang cantik dari mana-mana pihak yang anda mahu menilai tekanan berterusan terhadap pegawai keempat walaupun untuk lontaran ke dalam.”

“Tidak sedap mata melihat Roma berkelakuan begitu.”

“Tiada siapa menolak kemungkinan terdapat kesilapan yang boleh merosakkan keputusan Roma, tetapi hakikat bahawa setiap kali ini membawa kepada episod di mana kemungkinan pengadil mempunyai masalah dengan Roma secara khusus adalah menggelikan.”

“Perkara yang sama berlaku untuk pasukan lain, di peringkat antarabangsa.  Jadi jenis tingkah laku ini tidak boleh diterima. Ini masalah pendidikan.”

Mourinho sebelum ini beberapa kali mendapat amaran daripada FIGC. Sehingga satu ketika Mourinho memasang mikrofon perakam suara bersamanya untuk menjadi bukti bahawa pengadil tidak adil kepada Roma dalam aksi menentang Monza.

Dia berkata: “Aku ni tak bodo, aku datang ke perlawanan ni dengan ada mikrofon dan merakam semua daripada momen meninggalkan bilik persalinan sehinggalah aku kembali semula ke sana.”

“Aku kenalah menjaga diri sendiri. Dan ini adalah pengadil paling teruk aku pernah jumpa kot.”

Kemudian dalam aksi final UEL menentang Sevilla, Mourinho melabel pengadil sebagai sangat teruk dan merompak kemenangan AS Roma.

Insiden yang membuatkan Mourinho sangat marah.

Pasukan Itali itu sepatutnya mendahului pada minit ke-83 tetapi pemain gantian, Andrea Belotti gagal memastikan rembatannya tepat ke sasaran dengan hanya penjaga gol sahaja yang perlu ditewaskan selepas kapten Lorenzo Pellegrini memberikannya bola menerusi hantaran dari sepakan percuma yang bijak.

Masa tambahan agak lancar apabila kemarahan memuncak di antara dua bangku simpanan tetapi pemain pertahanan Roma Chris Smalling hampir merampas kemenangan apabila percubannya terkena tiang dengan tandukan susulan pada minit minit akhir.

Sevilla mempunyai kelebihan dalam penentuan sepakan penalti apabila sepakan penalti Mancini diselamatkan dan penalti Ibanez terkena tiang.

Tetapi masih ada lagi drama yang akan datang.

Usaha Montiel berjaya diselamatkan oleh Rui Patricio namun sepakan itu diarah dibuat semula selepas kesalahan penjaga gol keluar dari garisan dan kali ini pemain Argentina itu tidak melakukan kesilapan.

Selepas tamat perlawanan, Jose Mourinho ternyata bengang dan menganggap kemenangan mereka dirompak. Mendakwa AS Roma sepatutnya mendapat satu sepakan penalti,

Mourinho malah menyerang pengadil di lot parkir dengan mencarutinya.

Mourinho berkata kepada wartawan:

“Saya nak terus kekal di AS Roma. Namun pemain saya dan saya sendiri, berhak mendapat lebih baik.”

“Pengadil mungkin orang Sepanyol, sebab tu banyak sekali kad kuning di layangkan untuk kami.”

“Saya agak letih menjadi pengurus, ketua komunikasi, wajah kepada kelab ini yang menyatakan kami dirompak pada setiap perlawanan. Saya dah letih.”

“Tahun depan kami tak akan bermain di UCL dan ianya bagus sebab kami tidak layak bermain di sana.”

“Dan semoga pengadil Anthony Taylor, hanya mengendalikan perlawanan di UCL kemudian melakukan beberapa perkara bodoh yang dia buat malam ini, dan jangan lakukannya di Europa League.”

Tidak lama kemudian, UEFA mendapati kritikan Mourinho berasas. Memang pengadil membuat kesilapan seperti didakwa The Special One. Namun UEFA tetap mengutuk tindakan Mourinho dan mengenakan denda dan penggantungan ke atasnya.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah