Presiden La Liga Optimis Mbappe Datang Ke La Liga

Javier Tebas yakin bahawa peratusan Kylian Mbappe datang ke La Liga adalah lebih 50%.

Dia berkata, kini segalanya terpulang kepada Real Madrid untuk meyakinkan pemain itu.

Mbappe sebelum ini dikatakan telah menolak tawaran gaji oleh Real Madrid. Dia malah mempertimbangkan pilihan lain pada masa ini.

Namun Tebas yakin pemain itu masih menjadikan Real Madrid pilihan utamanya.

Real Madrid masih dalam fasa mengawal perbelanjaan mereka. Ini kerana renovasi stadium yang menyebabkan kelab itu perlu berjimat. Walaupun mereka sebenarnya masih boleh berbelanja besar.

Real Madrid sebelum ini aktif mengeluarkan pemain bergaji besar dari daftar pasukan mereka. Termasuk Gareth Bale dan Eden Hazard, di mana kedua dua pemain sudah pun bersara.

Mbappe menerima sehingga €1 juta seminggu di PSG jika semua bonus prestasinya dicapai. Membuatkan Real Madrid tidak begitu setuju dengan gaji sebesar itu untuk Kylian Mbappe.

Real Madrid bagaimanapun setuju untuk membayar bonus tandatangan sekitar €80 juta yang akan terus diberikan kepada pemain itu dan ejen.

Mbappe dianggap pemain paling cocok dengan Real Madrid. Berdasarkan statusnya sebagai superstar seterusnya dalam era bola sepak selepas era Messi-Ronaldo.

Real Madrid ketika ini memiliki bintang serangan bernama Vini Jr. Namun mereka masih mencari pemain yang benar benar boleh menggantikan karakter besar seperti Ronaldo dan Benzema.

Mbappe bukan sahaja bintang dalam padang. Dia juga memiliki kuasa komersial sangat kuat.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.