Presiden PSG Sifatkan Final Super Bowl Lebih Berprestij Berbanding UCL

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menyifatkan bahawa final Super Bowl NFL kelihatan lebih berprestij berbanding dengan final UCL.

Ini kerana menurut Pak Nasser, Superbowl ada acara final yang gilang gemilang dengan persembahan yang luar biasa berbanding dengan UCL.

Perkara yang seperti ini membuatkan suasana Super Bowl menenggelamkan prestij UCL. Dan beliau meminta UEFA melakukan sesuatu agar acara final UCL rancak seperti Super Bowl.

Nasser Al Khelaifi bercakap atas kapasiti selaku pengurus Persatuan Kelab Eropah. Dia pada masa yang sama terdesak mahu pasukannya memenangi UCL.

Dia ternyata cemburu melihat acara final Super Bowl yang gilang gemilang dan sangat menghiburkan setiap tahun.

Khelaifi mengimpikan acara pembukaan dan acara separuh masa [halftime show] yang seperti Super Bowl dalam final UCL.

Beliau menzahirkan kerisauannya bahawa Super Bowl akan menjadi acara lebih besar berbanding final UCL. Lalu Nasser menegaskan bahawa dia cuba mencari inisiatif untuk memastikan bahawa final UCL tak akan kalah kepada final Super Bowl.

Nasser berkata kepada The Athletic: “Aksi final UCL seharusnya lebih berprestij.”

“Saya tak faham bagaimana kita dapat merasakan bahawa acara Super Bowl lebih besar daripada acara final UCL.”

Nasser mengkritik pemikiran orang Eropah berbanding Amerika Syarikat. Di mana menurut Nasser Al Khelaifi, mentaliti dan pemikiran orang Amerika jauh lebih bagus dalam membentuk nilai hiburan dalam acara sukan mereka.

Lantas dia benar benar mahukan malam final UCL akan menjadi lebih meriah selepas ini. Sarat dengan acara yang menghiburkan.

Pemilik PSG itu berkata: “Super Bowl dan Amerika Syarikat secara umumnya, mereka ada pemikiran / mindset, kreativiti dan juga nilai hiburan.”

“Itulah yang saya cadangkan, agar acara pembukaan final UCL, untuk melihat satu perlawanan sebelum malam pembukaan, di mana pemenang akan berdepan dengan pasukan besar – mungkin idea ini tidak begitu munasabah, namun sekurang kurangnya, kita cuba mencabar status quo.”

“Setiap perlawanan harus ada acara dan hiburan.”

Sebelum ini ramai peminat bola sepak menentang acara persembahan sebelum sepak mula final UCL. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini sudah kerapkali cara mirip Super Bowl dipersembahkan sebelum sepak mula.

Penyokong otai misalnya, rata rata mereka tidak mahu bola sepak terlalu dicampur adukkan dengan acara hiburan. Kerana mereka mahu bola sepak diberikan perhatian kerana bola sepak bukannya kerana artis.

NFL memang dikenali dengan acara separuh masa yang luar biasa. Ianya sudah menjadi tradisi mereka. Misalnya baru baru ini NFL menjemput Eminem, Snoop Dogg, Dr Dre, Mary J Blige dan Kendrick Lamar yang membuatkan penonton di SoFi Stadium kagum dan terhibur.

Amerika Syarikat bakal menjadi tuan rumah bersama acara Piala Dunia pada 2026 bersama sama dengan Kanada dan Mexico. Mereka sudah merancanga banyak acara selingan berbentu hiburan.

PSG masih lagi gagal memenangi UCL terutama sekali pada era pemilikan Nasser Al Khelaifi yang sudah berbelanja besar membawa ramai nama besar sejak beliau menjadi presiden PSG.

Misalnya Neymar dan Mbappe serta membawa Messi pada musim ini. Namun malangnya PSG masih gagal.

PSG sebelum ini pernah mara sampai ke final.

Nasser sendiri mengakui bahawa sasaran utama PSG adalah UCL.

Adakah selepas ini PSG akan ke final UCL sekali lagi? Dan Nasser akan memastikan acara final itu meriah dengan persembahan hiburan yang bertaraf 5 bintang.

Baca yang lain