PSG Dalam Masalah Dengan FFP Jika Mbappe Pergi Secara Percuma

PSG akan berada dalam masalah jika Mbappe pergi secara percuma pada akhir musim ini.

Ini kerana PSG perlu untuk menjual pemain mereka pada harga yang tinggi untuk mengimbangi akaun FFP mereka.

PSG perlu menjana sekitar €175 juta lagi untuk mengelak mereka sakit dari segi FFP.

Angka itu adalah kerugian PSG dalam 3 tahun terakhir ini. Dan ianya perlu diimbangi atau kelab itu akan berdepan tindakan FFP seperti larangan pendaftaran pemain dan digantung daripada bertanding di pentas eropah.

Mbappe merupakan pemain yang memiliki nilai pasaran tertinggi dalam skuad PSG. Dan kelab itu berisiko melihat seorang lagi pemain bintang besar mereka pergi secara percuma selepas melepaskan Lionel Messi.

Dengan pemergian secara percuma, Mbappe ianya akan memberikan impak kepada pendapatan lain seperti publisiti dan juga bonus kesukanan.

Ini kerana kehilangan Mbappe membuatkan PSG kehilangan bintang berbakat besar yang boleh menjadi senjata utama mereka meraih UCL.

Masalah FFP pada PSG membuatkan mereka masih tidak dapat berjanji untuk menandatangani Bernardo Silva dari Man City.

 

Beberapa tahun lalu Florentino Perez mendedahkan bahawa Real Madrid pernah menawarkan pakej €200 juta kepada sebuah kelab namun ditolak. Dipercayai tawaran itu adalah untuk mendapatkan Mbappe.

Dan pasti agak ironi jika PSG selepas ini melihat Mbappe pergi meninggalkan mereka secara percuma dan menyertai Real Madrid.

Kini PSG meminta angka yang sama daripada Real Madrid untuk Mbappe. Dan Perez sudah tentunya menganggap permintaan itu tidak masuk akal. Memandangkan Mbappe sendiri sudah menyatakan dia tak akan melanjutkan kontraknya di PSG dan sedia untuk berpindah.

Nasser Al Khelaifi sudah memberikan Mbappe pilihan, sama ada dia menandatangani kontrak baharu atau dia dijual.

Khelaifi meminta Mbappe menunaikan janjinya bahawa dia tidak akan meninggalkan kelab itu secara percuma.

Namun situasi sekarang, Mbappe kelihatan tidak terdesak untuk keluar dari PSG. Kerana dia mahu terus berbakti dengan kelab itu sehingga kontrak wajibnya sehingga 2024 tamat.

Mbappe tidak mahu meneruskan opsyen lanjutan setahun lagi sehingga 2025 di kelab itu.

Kerana menurutnya persekitaran di PSG tidak sesuai untuk dia mencapai cita citanya mahu memenangi Ballon d’Or.

Baca yang lain