PSG Mahu ‘Reject’ Neymar Demi Bil Gaji Mbappe

Neymar kini menjadi pemain yang berada dalam senarai untuk dikorbankan demi menampung gaji Mbappe.

Bukan sebab PSG tak ada duit atau kerana permintaan Mbappe. Namun ianya kerana FFP. Kontrak baharu Mbappe yang serba mewah membuatkan kelab itu berdepan defisit yang tinggi pada bil gaji mereka.

Semalam, La Liga secara rasmi membuat aduan kepada UEFA, Kerajaan Perancis dan EU tentang perbelanjaan Paris St Germain yang dianggap sebagai satu skandal.

PSG kini dalam proses untuk menstruktur gaji pemain mereka selepas memuktamadkan perjanjian dengan Mbappe.

Neymar yang baru melanjutkan kontrak baharunya dengan PSG beberapa bulan lalu kini ditawarkan ke Barcelona.

Pemain antarabangsa Brazil itu meninggalkan Nou Camp untuk ke Parc des Princes pada jendela perpindahan musim panas 2017.

Namun dengan Kylian Mbappe kini memilih untuk kekal di Perancis, kemungkinan rakan sepasukannya akan berlepas ke Barcelona.

Tetapi ianya turut bergantung kepada Neymar. Jika pemain itu tidak menerima cadangan itu, bermakna PSG akan bergelut untuk mengurangkan kos perbelanjaan mereka.

PSG sudah mengurangkan kos pada gaji Di Maria yang rasmi meninggalkan kelab tersebut selepas tamat musim ini. Namun ianya masih belum cukup.

Mbappe telah dijangka menyertai Real Madrid pada musim panas ini, dengan kelab gergasi La Liga itu sudah lama yakin mereka akan mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.

Tetapi itu tidak berlaku, dengan pemenang Piala Dunia 2018 itu sebaliknya memilih untuk menandatangani perjanjian tiga tahun dengan PSG pada saat akhir.

Kini, menurut Footmercato melalui Sport, gergasi Ligue 1 itu telah menawarkan Neymar kepada Barcelona.

Neymar yang sebelum ini dianggap pemain yang tak boleh disentuh atau diganggu kelab lain, selepas dia setuju dengan kontrak baharu. Namun status itu kini bertukar kepadda Mbappe.

PSG cuba memujuk Neymar untuk mencari kelab baharu. Oleh kerana hubungan rapat Neymar dengan Barcelona, maka PSG memberikan tawaran yang istimewa kepada Barca.

Selain itu, terdapat juga laporan, jika Neymar dilepaskan, ianya akan membuka peluang kepada PSG untuk mendapatkan Ousmane Dembele secara percuma.

Ini bukanlah pertama kali PSG dikaitkan dengan Dembele. Kerana sebelum ini memang mereka antara kelab yang dikatakan berminat dengan Dembele.

Mbappe juga dikatakanmencadangkan nama Dembele sebagai salah seorang pemain yang dia mahu bergandingan di dalam pasukan PSG.

Jiwa semangat ke-Perancis-an Mbappe sangat terserlah. Dia sebelum ini dilaporkan meminta PSG mendapatkan Zidane untuk menggantikan Mauricio Pochettino.

Namun bekas pengurus Real Madrid itu dikatakan tidak berminat dengan jawatan di PSG kerana tiada kuasa penuh sebagai pengurus terutama sekali dalam isu jual beli pemain dan kontrak.

Mbappe sangat suka bergandingan dengan Dembele kerana pemain itu tidak tamak. Berbeza dengan Neymar.

Mbappe dan Neymar pernah bertelagah sebelum ini. Di mana dia memanggil Neymar sebagai ‘clochard’ atau pengemis dalam Bahasa Perancis yang digunakan untuk menghina seseorang terutama sekali orang luar yang datang ke Perancis untuk mencari rezeki.

Kejadian itu berlaku ketika aksi berdepat Montepellier pada September lalu. Di mana Mbappe tidak gembira dengan Neymar yang suka menggelecek dan tidak menghantar bola kepadanya.

Mbappe sendiri mengakui dia menggunakan ayat pengemis tersebut kepada Neymar.

Mbappe bercakap dengan Iddrisa Gueye di bangku simpanan. Menyatakan kekecewaannya dengan Neymar.

L’Equipe kemudian mahukan kepastian sama ada dia benar benar melabel Neymar sebagai pengemis kerana gerak bibirnya seperti berkata: “Pengemis ni memang tak akan pernah hantar bola kepada saya.”

Mbappe menjawab: “Ya saya katakannya ketika itu. Sekarang ini benda macam tu [mengutuk] adalah biasa berlaku dalam bola sepak.”

“Namun selepas itu, saya bercakap macam biasa dengan dia. Kami sudah beberapa kali bertelagah seperti itu di masa lalu, sebab kami nak menang.”

“Saya tidak gembira kerana dia tidak menghantar bola. Suatu hari nanti jika berlaku kat saya, di mana saya tak menghantar bola kepadanya, dan dia pula yang tak gembira. Ini bukan perkara yang besar.”

Baca yang lain