PSG Mahukan Zidane, Sir Alex Mahu Pochettino Jadi Pengurus Manchester United

Nampaknya drama pencarian pengurus baharu Manchester United terus ada plot twist.’

Sebelum ini Man United sudah menyatakan minat mereka ke atas bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane. Zidane dianggap calon paling tepat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ole.

Namun pengurus itu menyatakan dia tidak berminat ke Man United.

Selain daripada alasan mahu menunggu peluang menggantikan Didier Deschamps di Perancis, Zidane juga dikatakan mendengar pandangan isterinya yang ketika ini tidak mahu berpindah ke bandar Manchester buat masa ini.

Namun terbaru, Zidane dikatakan bakal mempertimbangkan tawaran daripada PSG. Julius Lauren melaporkan bahawa PSG sudah menghubungi pengurus dari Perancis itu yang merupakan juara UCL 3 kali.

PSG pula sedia melepaskan Pochettino ke Manchester United dengan syarat mereka berjaya mendapatkan Zinedine Zidane.

PSG yakin tawaran mereka sukar untuk ditolak Zidane. Selain daripada kekuatan pakej kewangan, PSG turut menawarkan Zidane peluang untuk melatih pemain seperti Neymar dan Messi.

Pochettino dilaporkan berminat untuk mengisi kekosongan di Manchester United. Ini kerana pengurus itu ada perasaan yang sangat dekat dengan England. Isteri dan anak anaknya ketika ini masih tinggal di London, duduk di hotel.

Jika perjanjian berjaya dimeterai, Pochettino dijangka hanya akan menyertai United pada musim hadapan dengan status jawatan pengurus sepenuh masa dan bukannya interim.

Pochettino ketika ini tidak gembira dengan situasi di PSG. Di mana berdepan dengan kesukaran untuk mengawal sepenuhnya bilik persalinan PSG yang sarat dengan ego bintang bintang seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.

Selain itu, Pochettino juga tidak suka dengan layanan peminat PSG ke atasnya kerana seringkali meletakan harapan terlalu tinggi.

Seterusnya, sikan diva pemain ini membuatkan Pochettino mendapati dia tidak mendapat kuasa penuh sebagai pengurus. Perkara ini pernah dibangkitkan Tuchel sebelum ini.

Thomas Tuchel membuat satu pengakuan berani kepada La Gazzetta dello Sport menyatakan bahawa dia lebih selesa mengendalikan Chelsea berbanding dengan skuad serba bintang PSG.

Tuchel berkata kepada Gazetta Dello Sport: “Ianya lebih mudah melatih Lukaku berbanding Neymar dan Mbappe.”

“Kedua dua kelab sangat berbeza dari segi gaya pengurusan dan struktur organisasi.”

“Di PSG saya seperti Menteri Sukan. Di mana saya juga harus menguruskan hal ehwal keluarga para pemain bintang ini termasuk kawan kawan mereka.”

“Di Chelsea, saya berkerja dengan lebih tenang.”

Pochettino kini mulai merasai tekanan yang sama. Di mana ada beberapa pemain mulai menunjukkan ego masing masing.

Man United dianggap destinasi yang tepat untuk Pochettino. Malah Sir Alex Ferguson sudah menyatakan pendiriannya bahawa dia menjadikan Mauricio Pochettino sebagai calon utamanya.

https://twitter.com/DeadlineDayLive/status/1462722670265524225

Baca yang lain