PSG Rombak ‘Klausa Mbappe’ Dalam Tawaran Kontrak Baharu Messi

PSG dilaporkan tidak jadi menawarkan klausa yang digelar ‘klausa Mbappe’ kepada Lionel Messi.

Rundingan antara Messi dan PSG masih berlangsung untuk lanjutan kontrak baharu. Dengan pemain itu dan PSG dikatakan sedia meneroka idea baharu dalam rundingan mereka.

Menurut laporan Guillem Balague, Messi memiliki kontrak yang mirip dengan Mbappe pada masa ini dari segi ospyen lanjutan setahun.

Kontrak semasa Messi adalah 2 + 1 tahun. Dua tahun adalah kontrak mutlak manakala setahun lagi adalah pilihan lanjutan.

Opsyen lanjutan setahun itu agak unik kerana ianya memberikan pemain kuasa ala pemilik kelab untuk mengaktifkan sendiri klausa itu atas kuasa pemain itu.

Ianya mirip dengan kontrak Mbappe ketika ini. Walaupun Messi nampaknya terlebih dahulu memiliki klausa itu, namun jelas sekali tidak ramai yang tahu sebelum ini klausa seperti itu wujud sehinggalah Mbappe melanjutkan kontrak baharunya.

Oleh sebab itu ianya digelar klausa Mbappe memandangkan pemain diberikan kuasa ala pemilik dalam kontrak mereka. Kuasa seperti itu wujud pada kontrak Mbappe bukan sahaja dalam lanjutan kontrak, namun dalam urusan projek sukan.

Biasanya lanjutan setahun yang dianggap pilihan itu hanya akan aktif jika kelab dan pemain bersetuju mengaktifkannya. Ianya tidak boleh diaktifkan sebelah pihak.

PSG pula memberikan kuasa kepada Mbappe dan Messi untuk bertindak sebelah pihak.

PSG sedia melanjutkan kontrak baharu tanpa melalui perjanjian +1 ala kontrak Mbappe itu.

PSG akan menawarkan kontrak setahun dengan pilihan setahun lanjutan. Namun. Pilihan lanjutan itu tidak memberikan Messi kuasa sebelah pihak sahaja untuk mengaktifkannya. Ia memerlukan kedua dua pihak mengaktifkan kontrak itu.

Jadi, kini tinggal Mbappe sahaja kekal menjadi (mungkin satu satunya di dunia) memiliki kuasa melanjutkan kontraknya sendiri.

Ianya diberikan kepada Mbappe dalam usaha PSG menyatakan mesej jelas bahawa mereka mahu pemain itu tahu dia adalah penting dalam projek sukan kelab itu.

Laporan Guillem Balague menyebut bahawa PSG yang diwakili Luis Campos (Pengarah Sukan) dan Jorge Messi (ejen Messi) berada di tahap yang sangat positif.

Nasser Al Khelaifi sudah memberitahu Campos bahawa dia benar benar mahukan Messi terus kekal. Prestasi Messi di kelab musim ini ditambah dengan prestasinya ketika di Qatar 2022 menguatkan lagi status Messi sebagai pemain kesayangan Nasser Al Khelaifi.

Terdapat juga laporan lain menyebut kesepakatan kontrak setahun telah dicapai antara Messi dan PSG. Cuma perbincangan masih berlaku untuk syarat lain termasuk klausa opsyen lanjutan.

Messi memiliki beberapa opsyen lagi jika dia memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan PSG. Dia boleh pergi secara percuma sama ada kembali semula ke Barcelona atau ke Liga Bola Sepak Major Amerika menyertai Inter Miami.

Baca yang lain