PSG Sedia Bayar Pampasan €20 Juta Untuk Pecat Pochettino

PARIS SAINT-GERMAIN hampir mengesahkan pemecatan jurulatih Mauricio Pochettino, menurut laporan media Perancis pad lewat Selasa.

L’Equipe dan Le Parisien melaporkan bahawa pertemuan telah diadakan di antara peguam untuk Pochettino dan kelab untuk mencapai persetujuan yang akan melihat pengurus asal Argentina itu meninggalkan ibu kota Perancis.

Pochettino, yang dilantik pada Januari tahun lalu dan mengetuai kelab itu merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim yang baru berakhir, mempunyai baki 12 bulan lagi dalam kontraknya.

Le Parisien berkata bahawa “perjanjian penamatan kontrak telah pun dicapai dan hanya terdapat beberapa butiran yang masih perlu dimuktamadkan”.

Difahamkan bahawa pemecatan Pochettino akan menelan kos antara sehigga €20 juta sebagai bayaran pemecatan kepadanya dan kakitangan bilik persalinannya.

PSG telah pun berpisah dengan pengarah sukan Brazil Leonardo dan menggantikannya dengan pemantau bakat super dari Portugal Luis Campos yang dilantik sebagai penasihat bola sepak.

Pochettino mulai menjadi nama yang dikaitkan akan dipecat selepas gagal memberikan UCL kepada PSG selama 2 musim berturut turut.

Pemilik kelab, Nasser Al Khelaifi tidak akan pernah berpuas hati dengan kejuaraan domestik seperti Ligue 1 semata mata.

Ini kerana projeknya di PSG sangat besar. Mereka membawa masuk ramai bintang termasuk Neymar, Mbappe dan Messi.

Zinedine Zidane telah dikaitkan dengan kuat untuk menggantikan Pochettino di tempat duduk di Parc des Princes. Namun Zidane dilaporkan masih tidak menunjukkan minatnya.

Pengurus Nice, Christophe Galtier juga dianggap sebagai calon lain untuk jawatan tersebut.

PSG turut berminat dengan Jose Mourinho. Tetapi pengurus dari Portugal itu sudah berikrar akan terus kekal di AS Roma.

Baca yang lain