PUBG Menjana Purata RM30.64 Juta Sehari Daripada Pemainnya, China Lubuk Emas PUBG

PUBG Mobile merupakan permainan telefon pintar yang sangat popular dan berpengaruh. Dan ianya juga sebuah permainan yang sangat memberikan keuntungan kepada pembuat permainan tersebut.

PUBG Mobile daripada Lightspeed & Quantum Studio oleh Tencent sudah mengaut keuntungan sebanyak $5.1 billion /RM21.12b daripada pemain pemainnya sejak ianya ditubuhkan.

Pada tahun 2020 sahaja PUBG sudah meraih sejumla $2.7 billion / RM11.18b – menurut laporan oleh Sensor Tower Store Intelligence.

Berdasarkan laporan, dari suku pertama sehingga ketiga tahun 2020, PUBG bejaya mendapat $704 juta daripada para pemainnya yang membeli pakej dalam permainan seperti UC.

Dalam suku keempat tahun yang sama PUBG menjana $555 juta. Pada suku pertama tahun ini, jumlah itu menjadi lebih luar biasa di mana, ianya sudah mengaut $709 juta /RM2.93b.

Secara keseluruhan pada 2020, PUBG merekodkan perbelanjaan oleh pemain sebanyak $7.4 (RM30.64) juta sehari.

Seperti permainan mobile yang lain, pandemik yang melanda membuatkan permainan mereka lebih ramai pemain aktif dan berbelanja untuk melanggan pakej dalam permainan tersebut.

Rekod tertinggi perbelanjaan sebulan direkodkan pada Mac 2020 dengan $300 juta /RM1.24b . Paling tinggi pada fasa pertama lockdown.

Pada Januari 2021, para pemain membelanjakan sekitar $259 juta / RM1.07b  untuk menjadi angka rekod bulanan ketiga tertinggi.

China masih lagi menjadi lubuk duit utama Tencent. Dengan 55.4% ataupun $2.8 billion /RM11.59b daripada keuntungan keseluruhan setakat ini adalah daripada negara tersebut.

Seterusnya Amerika Syarikat berada di tempat kedua dengan 12.7% daripada keuntungan PUBG disumbangkan mereka dan ketiga adalah Jepun dengan 4.8%.

Satu lagi data yang menarik, di China pengguna App Store / iphone menyumbang kepada 81.6% berbanding hanya 18.4% daripada pengguna dari Google play / android.

Sebaliknya di luar China, pengguna Android menyumbang 41.4% dan iOS masih yang paling utama dengan 58.6%.

Jadi berapa anda melabur dalam usaha mengkayakan lagi Tencent?

Rujukan: Sensor Tower

Baca yang lain