Selepas PUBG, TikTok, Hari Ini Facebook, Twitter, IG Dan WhatsApp Berdepan Pengharaman Oleh India

Pada tanggal 26 Mei, beberapa media sosial termasuk Facebook, Instagram dan Twitter berdepan dengan pengharaman di India. Selain itu perkhidmatan permesejan, WhatsApp juga tidak terkecuali.

Ini selepas kerajaan India mengecam kesemua aplikasi tersebut yang gagal menepati garis panduan yang baharu ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu kesemua aplikasi tersebut berdepan dengan tindakan tegas.

Sama ada ianya bakal diharamkan atau tidak, ianya bakal diketahui pada hari ini.

Sebelum ini kerajaan India sudah memberikan 3 bulan pemantauan aktiviti kesemua media sosial. Namun kesemua platform media tersebut gagal ataupun tidak mahu menerima garis panduan tersebut.

Selain itu kerajaan India juga menetapkan censorship yang lebih ketat di media sosial.

Pada 26 Mei, kesemua platform tersebut wajib mengikuti undang undang media sosial yang baharu walaupun kesemua syarikat tersebut meminta penangguhan enam bulan lagi.

Media sosial milik India iaitu Koo yang mirip kepada Twitter dilaporkan hanya satu satunya platform yang menepati syarat diletakkan oleh kerajaan.

Peraturan yang ditetapkan pada Februari lalu itu meminta kesemua plaform media sosial untuk mengikuti garis panduan kerajaan, termasuk perlantikan pegawai audit, pegawai perhubungan dan juga pegawai pematuhan piawaian.

Facebook sudah berikrar akan mengikut peraturan terbaru itu dengan peraturan IT. Tetapi malangnya, masih tak ada tanda tanda mereka bertindak pro aktif.

Pegawai pematuhan piawaian adalah yang paling penting begitu juga dengan pegawai perhubungan yang perlu mendengar rungutan daripada pengguna.

Kerajaan sebelum ini sudah memberikan amaran kepada kesemua media sosial tersebut yang didapati terlalu lambat bertindak ke atas rungutan pengguna dan meminta lebih ramai pegawai dari negara itu sendiri, dan berpangkalan di India untuk diwujudkan.

Berdasarkan data dikeluarkan oleh Business Insider, terdapat 390 juta pegguna whatsapp, 265 juta pengguna YouTube, 290 juta pengguna Facebook, 210 juta pengguna Instagram, 120 juta pengguna Twitter dan 600 juta pengguna Koo.

Populasi rakyat India adalah lebih 1.3 billion.

Namun ramai rakyat India percaya bahawa pengharaman tersebut adalah mustahil dilakukan oleh kerajaan.

Tak kurang juga ramai yang mengkritik kerajaan pimpinan Modi yang menurut mereka mahu mengawal sepenuhnya media sosial dan tidak membenarkan kebebasan bersuara yang dianggap menentang kerajaannya.

Sebenarnya, sebelum ini India sudah mengharamkan banyak sekali aplikasi yang mereka rasakan tidak menepati piawaian di negara mereka. Ini termasuk permainan popular PUBG mobile dan TikTok kerana ianya produk China.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di