Pujian Dan Kekaguman Aguero Kepada Seni Pertahanan Van Dijk, Gabungan Kepintaran Dan Kesabaran

Penyerang Manchester City mengakui betapa sukarnya berhadapan dengan pertahanan tengah Belanda,Virgil van Dijk di EPL. Beliau malah menganggap Van Dijk sebagai pertahanan yang serba lengkap.

Malah Aguero menganggap Virgil Van Dijk sebagai “salah seorang bek tengah terbaik di dunia”. Aguero turut kagum dengan fizikal pemain tersebut dan bergerak dengan laju, walaupun badannya besar.

Van Dijk telah mendapat pujian yang meluas kerana persembahannya di Anfield sejak menyertai The Reds dari Southampton dengan harga £75 juta pada Januari 2018.

Pemain berusia 28 tahun itu telah membantu memberi inspirasi kepada pasukan Jurgen Klopp untuk meraih kejayaan di Liga Juara-Juara dan kedudukan teratas di Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Beliau juga menduduki tempat kedua dalam pemilihan Ballon d’Or tahun lalu di belakang superstar Barcelona, ​​Lionel Messi.

Aguero telah menikmati beberapa pertempuran sengit dengan pemain antarabangsa Belanda dalam beberapa tahun terakhir, dengan Manchester City dan Liverpool muncul sebagai dua pasukan terkuat dalam bola sepak Inggeris pada ketika ini.

Penilaian Aguero

Aguero memberikan penilaian beliau tentang pertahanan paling sukar nak dihadapnya di atas padang.

Pemain Argentina itu mengatakan bahawa Van Dijk amat sukar diatasi. Ini kerana seorang yang cerdas dan “sabar” dalam pendekatannya untuk menjaga pihak lawan. Ianya digabungkan dengan “badannya yang luar biasa”, menjadikannya pemain pertahanan serba lengkap.

https://twitter.com/ahmedIfc/status/1256939496953782272

“Kita semua tahu Van Dijk adalah bek tengah terbaik di dunia. Dia kuat, tinggi, mempunyai badan yang luar biasa,” kata Aguero kepada El Chiringuito.

“Dia sangat kuat apabila kau berhadapan dengannya, dia bermain dengan tubuhnya. Juga, memandangkan dia begitu tinggi, dia memiliki kaki panjang.”

“Sepertinya pemain sebesar dia tidak pantas, tetapi dia sangat pantas kerana kakinya yang panjang – dia dapat sampai ke mana-mana.”

“Dua langkah dari dia adalah 50 langkah aku!”

“Apa yang paling aku sukai adalah cara dia begitu pintar ketika bertahan. Dia tidak cemas ketika marking lawan dia, dia sangat berhati-hati dan sabar. Itu menyukarkan banyak penyerang.”

“Dalam kes saya, saya cukup pantas dan saya suka menggiring bola, jadi saya memerlukan pemain pertahanan itu datang terus kepada saya. Tetapi jika dia dalam keadaan berkawal (holding) dia boleh melengahkan kamu dan menunggu pertolongan dari pemain pertahanan lain. ”

“Dia sangat pandai dalam hal ini.”

Aguero telah menjaringkan 16 gol dalam 22 pertandingan Liga Perdana untuk City musim ini.

The Reds ketika ini berada di kemuncak dengan 25 mata dari atas Man City.

Aguero antara penyerang yang terbaik di EPL sepanjang zaman. Beliau merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester City.

Virgil Van Dijk pula menjadi pemain penting dalam revolusi Klopp di Liverpool. Membuatkan angka yang dibayar kepada beliau dilihat berbaloi.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan kapten pasukan kebangsaan untuk negaranya, Belanda.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali