Pujian Keane Kepada City Dan Liverpool: “Terima Kasih, Kami Menikmatinya, Kamu Semua Hebat”

Roy Keane terkenal dengan ulasannya yang agak panas berapi. Namun kali ini, tiada apa yang negatif dikatakannya selepas menyaksikan Manchester City dan Liverpool mencatat keputusan seri di Etihad.

Seri yang dianggap Keane sebagai seri yang hebat. Keane menjelaskan bahawa, perlawanan ini adalah salah satu contoh terbaik bagaimana bola sepak itu dianggap sukan yang menghiburkan.

Sarat dengan kualiti dan perancangan taktikal yang kompleks.

Man City mengekalkan kelebihan tipis satu mata dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kerana kedua-dua pasukan tidak dapat dipisahkan dalam tempoh 90 minit.

Man City dan Liverpool kedua-duanya beraksi cemerlang dalam keputusan seri 2-2

Kevin De Bruyne membuka jaringan untuk City selepas hanya lima minit. Sebelum itu Raheem Sterling terlepas peluang keemasannya.

Diogo Jota memastikan tiada penjaga gol akan membawa pulang rekod clean sheet apabila dia menyamakan kedudukan hanya lapan minit kemudian.

City kembali mendahului pada minit ke-35 apabila Gabriel Jesus merembat masuk bola selepas mengatasi perangkap ofsaid.

Dan Sadio Mane menyamakan kedudukan sekali lagi pada permulaan separuh masa kedua.

Walaupun melakukan banyak pertukaran hantaran dan peluang menyerang daripada kedua-dua pasukan, namun begitu kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol kemengang.

Riyad Mahrez antara pemain yang boleh merobek hati menyokong Liverpool pada masa kecederaan. Namun lob beliau melintasi palang gol.

Tiada pemenang, sama seperti pertemuan pertama mereka sebelum ini, di mana perlawanan berakhir 2-2.

Pujian Roy Keane

Ditanya sama ada dia merasakan permainan itu menepati standard yang diharapkannya, Keane berkata pada Sky: “Ya, sama sekali ya.”

Keane berkata, dia kagum dengan kualiti setiap pemain di atas padang. Di sebalik kualiti yang mereka ada, pemain pemain kedua dua pasukan tidak berlagak star, sebaliknya kesemuanya berusaha untuk memenangi perlawanan dengan mencurahkan keringat dan kudrat mereka sepanjang aksi di Etihad.

Roy Keane menambah: “Saya fikir tentang kualiti mereka, dan apa yang mengagumkan saya dengan semua pemain berkualiti tinggi ini — adalah keinginan mereka untuk terus mencuba dan memenangi perlawanan sehingga ke penghujungnya.”

Keane turut berpendapat bahawa sepanjang 90 minit, tiada pasukan yang benar benar selesa dengan penguasaan tinggi.

Hal ini kerana kedua dua pasukan sama handal dan hebat.

Legenda Manchester United itu kemudiannya menegaskan bahawa: “Terdapa peluang di antara mereka. Dan tiada pasukan yang benar-benar akan menguasai permainan untuk tempoh yang lama kerana terdapat begitu banyak kualiti yang ada pada kedua-dua pasukan.”

“Liverpool bergelut untuk meneruskan perlawanan ini [pada separuh masa pertam], tetapi kemudian pada separuh masa kedua mereka menunjukkan perwatakan mereka yang sebenar.”

“Kita melihat pada permulaan separuh masa kedua, Jurgen Klopp jelas telah mengarahkan pasukannya menyerang dia [mungkin] berkata, ‘Dengar, kamu perlu mula menunjukkan karakter sebenar kamu.’

“Kita dapat melihatnya pada separuh masa kedua, tetapi kemudian City mempunyai beberapa peluang besar juga pada tempoh itu.”

“Ia hanya satu peringatan yang besar kepada kita semua tentang permainan ini, itulah sebabnya kita menyukai permainan ini, saya fikir ia hebat.”

Roy Keane berterima kasih kepada kedua dua pasukan kerana menunjukkan kualiti yang membuatkan bola sepak sangat seronok ditonton.

“Saya sangat menikmatinya dan penghargaan kepada semua pemain kedua dua pasukan, saya fikir mereka hebat.”

Manchester City dan Liverpool akan bertemu sekali lagi selepas ini dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Baca yang lain