Pulisic Mahu Chelsea Terima Tawaran AC Milan Bukan Lyon

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat, Christian Pulisic sekali lagi menegaskan bahawa dia mahu menyertai AC Milan bukannya Lyon.

AC Milan sebelum ini menghantar bidaan sangat rendah iaitu sekitar £12 juta sahaja untuk pemain berusia 24 tahun itu.

Ianya jauh daripada tanda harga £20 juta diletakkan Chelsea. The Blues percaya bahawa £20 juta adalah harga yang sudah dikira murah untuk pemain tersebut.

Namun AC Milan merasakan sebaliknya. Mereka menganggap ianya mahal untuk pemain yang tidak melanjutkan kontrak baharu dengan pasukannya.

Kemudian Lyon sedia membayar £20 juta untuk pemain itu. Dan berharap Pulisic akan mempertimbangkan tawaran mereka.

Malangnnya Pulisic nekad mahu menyertai AC Milan sahaja. Kelab yang bersejarah dan dianggap jauh lebih besar berbanding Lyon.

Seterusnya Pulisic mahu bermain di UCL, di mana AC Milan layak ke pertandingan itu, dan Lyon pula tak layak.

Pemain itu merasakan bahawa Lyon bukan perpindahan yang bagus untuknya pada masa ini.

Pulisic antara pemain dalam senarai untuk dijual Chelsea kali ini. Dia bermain lebih 140 penampilan untuk Chelsea sejak menyertai kelab itu pada 2019 dengan nilai £58 juta. Menjaringkan 28 gol dan 21 assist untuk kelab London Utara itu.

Seringkali dibayangi masalah konsistensi ketika bersama Chelsea.

Dia juga pernah mengutuk taktikal Tuchel sebagai punca dia gagal menyerlah di Chelsea. Detik yang membuatkan dia mulai hilang tempat di bawah Tuchel.

Kemudian di bawah Graham Potter dia terus gagal mendapat tempat secara konsisten.

Baca yang lain