Putin: Ibu Bapa Yang Sokong Kebebasan Gender Adalah Binatang Dan Perosak Institusi Keluarga

Presiden Rusia, Vladimir Putin sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila menganggap usaha orang Barat – merujuk kepada Eropah dan Amerika – yang berterusan menyokong dan mendidik kanak kanak tentang transjantina sebagai satu jenayah yang melibatkan kemanusiaan.

Putin bercakap tentang perkara itu di Valdair International Discussion Club di Sochi, Russa, di mana Putin turut melabel penerimaan ibu bapa tentang budaya baru menukar jantina sebagai ibu bapa yang tak ubah seperti binatang.

Pendirian Putin itu kemudian disusuli dengan pandangannya bahawa ibu bapa seharusnya menjadi orang yang membimbing anak anak mereka ke arah kebaikan serta menyokong institusi keluarga yang sebenar iaitu kahwin antara lelaki dan perempuan dan kemudian beranak.

Seterusnya Putin juga menganggap mernomalisasikan kebebasan jantina dan perkahwinan sejenis ini adalah ibarat tindakan jenayah kemanusiaan.

Putin berkata: “Generasi anak anak kecil kita, kehidupan mereka sudah dirosakkan kerana ajaran dari dunia barat di mana lelaki boleh menjadi perempuan, serta sebaliknya.”

Sebelum ini Putin menerima kecaman daripada pertubuhan hak asasi dunia dan penyokong perkahwinan sejenis dan kebebasan gender.

Ini selepas Perlimen Putin mewartakan bahawa Rusia melarang sama sekali perkahwinan sejenis. Kalau nak juga kahwin sejenis, pasangan tersebut tidak boleh didaftarkan secara perundangan sebagai pasangan suami isteri.

Sebenarnya larangan itu sudah dikuatkuasakan pada 2013, tetapi diperkasakan semula pada Julai 2020, kerana mahu mengingatkan anak anak muda bahawa kerajaan Rusia memandang serius perkar itu.

Putin mengutuk media Barat yang seringkali melabel negara yang melarang perkahwinan sesama jantina sebagai penentang kepada pemodenan.

Namun Putin menegaskan beliau akan terus membawa propaganda mengekalkan tradisi perkahwinan tradisional di antara lelaki dan wanita.

Putin turut menguatkuasakan larangan pengambilan anak angkat oleh pasangan yang kahwin sejenis. Dan perlembagaan Rusia dengan jelas menyatakan bahawa, hanya pasangan suami isteri lelaki dan wanita sahaja yang boleh mengambil anak angkat.

Tindakan Putin ini menguatkan lagi kebencian ke atasnya daripada golongan L G B T Q + terutama sekali golongan tersebut yang berada di negara Rusia.

Putin tanpa pedulikan serangan ke atasnya tetap dengan pendirian bahawa ajaran Barat yang mempromosi kebebasan jantina sebagai era yang menakutkan dalam peradaban dunia.

Putin berkata: “Ini adalah sesuatu yang sangat menakutkan apabila anak anak kecil kita dipaksa, sejak dari kecil lagi, untuk percaya bahawa mereka boleh menjadi lelaki atau perempuan bila bila masa atas tiket vice versa.”

“Mereka di-brainwashed oleh orang Barat bahawa mereka ada pilihan tentang jantina.”

“Kemudian anak anak kita dipaksa untuk membuat keputusan yang boleh menghancurkan kehidupan mereka,” kata Putin merujuk kepada propaganda dari dunia Barat yang mahu orang lain turut menerima budaya baru ini.

“Anak anak kita masih kecil dan pada usia mereka, mereka tidak boleh membuat keputusan besar ini di tangan mereka sendiri, walaupun mereka bertemu dengan pakar psikologi kanak kanak sekalipun.”

“Dipaksa untuk menerima budaya seperti ini, ianya ibarat jenayah kemanusiaan yang berselindung di sebalik bendera permodenan.”

Putin bagaimanapun menyatakan bahawa kerajaan Rusia kini lebih tenang dan toleran dengan golongan pelangi ini. Berbanding dengan dahulu di mana pada 1993 sehingga 1999, Rusia mewartakan bahawa hubungan sejenis adalah satu jenayah dan diklasifikasikan sebagai penyakit mental.

Namun sekarang Rusia lebih tenang cuma mereka ini tidak ada hak di sisi perundangan untuk menuntut kebajikan atau keistimewaan yang dimiliki oleh wanita dan lelaki sebenar.

Putin menyatakan bahawa usaha ini penting untuk memastikan institusi keluarga yang sebenar dapat diperkasakan semula. Putin sentiasa percaya bahawa keluarga itu haruslah ada ibu bapa yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sebagai asas keluarga bukannya berkahwin dengan jantina yang sama.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali