Raja TikTok, Khaby Lame Akhirnya Dapat IC Selepas 22 Tahun

Khaby Lame, TikToker paling banyak popular di dunia dengan 148 juta pengikut, akhirnya rasmi telah diberikan kewarganegaraan Itali.

Khabane Lame merupakan pencipta konten untuk TikTok. Dan kini dia menjadi antara pencipta konten paling popular di dunia menerusi platform tersebut.

TikTok biasanya dikaitkan dengan aktiviti bergelek oleh remaja dan belia. Namun Khabane Lame mencipta populariti hanya dengan ekspresi muka tanpa perlu menari dan bercakap.

Pendekatan itu juga membuatkan konten diciptanya merentasi sempadan negara, bangsa, dan bahasa. Di mana semua orang di dunia memhaminya dengan isyarat dan kelakuannya.

Dia menghasilkan konten yang menyindir Life Hack. Di mana Lame menunjukkan betapa mudahnya hidup jika kita tidak sengaja menyusahkan diri.

@khaby.lame

Why?!😭😭#LearnWithTikTok #LearnFromKhabi #ImparaConTikTok

♬ suono originale – Khabane lame

Lame seringkali menggelengkan kepala kepada beberapa tips oleh life hack yang tak berguna serta merumitkan.

Sedikit tentang latar belakang Lame. Dia kini memiliki lebih 148 juta pengikut di TikTok – lebih banyak daripada populasi rakyat Itali – dan 78.6 juta pengikut di IG. Mark Zuckerberg tauke IG pun kena tapau tau.

@khaby.lame

Boss.. Only in two weeks? 🙌🏿🤣Mention Mark Zuckerberg on comment in my Instagram I’ll follow 1 of you guys.#learnfromkhaby #LearnWithTikTok

♬ Steven Universe – L.Dre

Bermula ketika pandemik

Lame lahir di Senegal dan dibesarkan di Chivasso, Itali. Siapa sangka pemuda awal 20-an itu mencipta nama sebagai sensasi internet. Dia mulai aktif berkongsi video selepas dia kehilangan pekerjaannya di sebuah kilang kerana impak pandemik.

Dia berkata, pada awalnya dia hanya mendapat beberapa like sahaja.

Peak kepada kegemilangan Lame adalah berjaya menambah 15 juta pengikut dalam masa dua minggu. Perkongsian laman peminat yang lain serta reddit membantu Khabane Lame meningkatkan popularitinya.

Selepas menempa kegemilangan menerusi TikTok dan Instagram, Khabane Lame kemudian membangunkan lagi empayarnya di YouTube.

Malah figura awam seperti Del Piero dan Arthur pun pernah berada dalam video Lame. Punyalah power.

@khaby.lame

From Idol to Uncle it’s just a moment, This apple is for you🤣@alessandrodelpiero Da Idolo a Zio è un attimo, questa mela è per te. #LearnFromKhabi

♬ suono originale – Khabane lame

@khaby.lame

Who is the real avenger? Bro @arthurhmelo you need my help 🤣 Chi è il vero Avenger? Bro hai bisogno del mio aiuto!🤣#learnfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

Menurut Starsunfolded, pada 2021, Khaby Lame menjana $13,380 sehingga $22,300 bersamaan dengan sekitar RM55,232.64 sehingga RM92,054.40 untuk setiap satu video yang beliau hasilkan. Video tersebut biasanya hanya beberapa saat sahaja.

Selain daripada video tentang memudahkan life hack yang entah apa apa, Khaby juga suka membuat video kelakar yang lain.

Kemahsyurannya membuatkan dia mulai menjadi duta pelbagai jenama besar dunia. Dan pada hari ini dia sudah memiliki kekayaan sekitar USD2 juta.

Di sebalik popularitinya, Khaby Lame sebenarnya memiliki latar belakang yang sukar. Dia tiba dari Dakar, Senegal pada 2001 bersama dengan ibu bapanya yang bermigirasi ke Itali.

Dia memang mahu membantu keluarganya mengubah nasib mereka. Namun tak sangka rezekinya melimpah ruah menerusi internet. Dia sendiri tidak menyangkanya.

Bercakap kepada Corriere Della Sera, lame berkata: “Sekarang saya nak buat kerja saya, menghiburkan orang, membuatkan orang ketawa, dan membantu ibu bapa, rakan rakan dan jiran saya. Saya terhutang budi segalanya dekat mereka.”

Akhirnya menjadi warganegara Itali

Khaby Lame — yang nama penuhnya ialah Khabane Serigne Lame akhirnya mengangkat sumpah kerakyatan pada hari Rabu di Chiavasso, sebuah bandar di luar Turin.

Khaby Lame berikrar: “Saya bersumpah untuk setia kepada Republik dan mematuhi Perlembagaan dan undang-undang Negara.”

Selebriti TikTok berusia 22 tahun itu berpindah ke Itali dari negara asalnya Senegal ketika dia masih bayi tetapi hanya diberikan kewarganegaraan sekarang kerana undang-undang kewarganegaraan Itali yang ketat.

Di bawah undang-undang negara itu, kewarganegaraan hanya boleh diperoleh oleh anak-anak bukan warga Itali, paling awal pun apabila mereka mencapai umur 18 tahun, jika mereka dilahirkan di Itali dan telah tinggal di negara itu secara berterusan sejak itu. Namun untuk Khaby Lame dia hanya mendapat IC Italinya pada usianya 22 tahun.

Dia dimaklumkan tentang kewarganegaraannya oleh kementerian dalam negeri Itali pada bulan Jun.

FRame da video del comune di chivasso della cittadinza a Khaby Lame

Menurut laporan, permohonan Lame telah berjalan melalui prosedur biasa dan tidak menerima sebarang layanan istimewa kerana kemasyhuran TikTok yang baru ditempanya.

Lame, yang telah mengekalkan pasport warga Senegalnya, memberitahu pemberita dia berasa “sangat bangga” dengan kewarganegaraan baharunya merasakan “adalah tanggungjawab besar untuk sumpah yang saya buat”.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali