Ramsey Tolak ‘Pertolongan’ Burnley Yang Mahu Membantunya Kembali Ke EPL

Bintang tersisih Juventus, Aaron Ramsey menganggap tawaran daripada Burnley adalah satu jenaka. Dan pria dari Wales itu terus menggelengkan kepala tanda tak setuju.

Burnley cuba membantu Ramsey untuk kembali semula ke EPL. Selepas pemain itu menyatakan dia mahu kembali.

Ramsey memang berhasrat untuk berpindah pada jendela perpindahan Januari ini ke EPL terutamanya. Namun beliau tidaklah menyangka bahawa kelab seperti Burnley terfikir mahukannya.

Jadi, terima kasih sahajalah!

Ramsey hanya bermain 3 perlawanan Serie A musim ini. Dan sudah disenaraikan oleh Allegri dalam senarai pemain untuk dilepaskan.

Ramsey kini mengintai perpindahan semula ke Liga Perdana Inggeris. Allgeri mengesahkan pemain itu diberikan kebenaran untuk berlatih berasingan di England sebelum ini.

Ramsey sudah kembali semula ke Itali selepas diberikan pelepasan khas itu.

Allegri berkata pada Rabu: “Ramsey dah kembali selepas kami berikan dia cuti dan kebenaran untuknya berlatih berasingan di England. Dia akan kembali berlatih bersama kami di sini.”

“Dan dia merupakan pemain yang sedang ‘keluar’ dari kelab ini,” tegas Allegri.

Allgeri turut mengesahkan bahawa tiadad peluang langsung untuk mereka melepaskan Alvaro Morata yang dikaitkan dengan Barcelona.

Jadi hanya Ramsey yang benar benar dalam situasi untuk dilepaskan.

Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Burnley datang dengan tawaran mereka. Juventus sudah memberikan lampu hijau. Namun rundingan dengan Ramsey tak lama, apabila pemain itu terus menolaknya.

Gianluca Di Marzio berkata: “Ramsey kemungkinan akan kembali semula ke Liga Perdana Inggeris. Ada bidaan rasmi daripada Burnley, namun Ramsey menyatakan ‘tidak’ kepada tawaran itu.”

“Dia tak mahu bermain untuk Burnley. Dia mahu bermain dengan pasukan yang lebih bercita cita besar. Dan mahukan kontrak lebih besar daripada yang ditawarkan oleh Burnley.”

“Newcastle juga pernah bertanya kepada Juventus tentang Ramsey pada Krismas lalu.”

“Jada ada beberapa kelab EPL mahukan dia. Dia mahu kembali ke EPL. Kerana situasinya di Juventus sangat sulit.”

Ramsey menyertai Juventus secara percuma pada 2019 dengan kontrak 4 musim. Ramsey menerima gaji £325,000 seminggu.

Sejak menyertai Juve, Ramsey hanya bermain  70 kali dan menjaringkan enam gol sahaja. Ramsey terus gagal menjadi pemain kesebelasan utama pasukan.

Ke manakah destinasi Ramsey? Kembali ke Arsenal semula?

Baca yang lain