Rangnick Mahukan Ten Hag, Pemain United Mahukan Pochettino

Dua nama yang dalam pertimbangan untuk menggalas tugas sebagai pengurus tetap musim hadapan ialah Erik Ten Hag dan juga Mauricio Pochettino.

Terbaru, Ralf Rangnick lebih cenderung untuk memilih Erik Ten Hag yang kini bersama dengan Ajax. Pengurus yang sudah lama dikaitkan dengan Manchester United.

Protege kepada Pep Guardiola itu malah dianggap sebagai pengurus yang bakal menjadi pengurus elit pada masa akan datang kerana kemampuannya memberikan kefahaman taktikal kepada mara pemain.

Rangnick akan menjadi penasihat pembangunan pasukan selepas ini untuk United. Dan beliau merasakan bahawa Ten Hag adalah calon lebih baik berbanding Pochettino.

Ini kerana Ten Hag ada kemampuan untuk membangunkan pemain prospek dengan lebih pesat, sebagaimana yang beliau lakukan di Ajax dalam beberapa musim ini.

Namun begitu, para pemain Manchester United dikatakan lebih memilih Pochettino berbanding dengan Erik Ten Hag. Bekas pengendali Spurs itu kini bersama dengan PSG.

Hanya selepas dua musim bersama PSG, Pochettino sudah menyatakan dia tidak menolak kemungkinan untuk meninggalkan PSG. Dengan beliau dikaitkan dengan jawatan di United.

Pochettino dikatakan kurang selesa dengan kurangnya kuasa pengurus yang beliau ada di PSG terutama sekali ke atas beberapa pemain bintang yang diva.

Pochettino malah dikatakan hampir datang ke United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebelum United memutuskan untuk melantik Rangnick secara interim.

Pochettino tidak mahu menerima jawatan interim ketika itu. Kerana beliau mahukan jawatan tetap. Sedangkan Man United pula berkeras mahukan interim untuk meneruskan perancangan Ole musim ini dengan pemain yang sedia ada.

Dan kini pemain pemain United lebih sukakan Pochettino berbanding dengan Ten Hag.

Pochettino berpengalaman luas di England ketika mengendalikan Tottenham Hotspur.

Cara pengurusan Pochettino dikatakan antara perkara yang menarik perhatian para pemain selain daripada kemampuan untuk membangunkan pemain dan juga berpengalaman dengan Liga Inggeris.

PSG sudah sedia untuk kehilangan Pochettino jika pengurus asal Argentina itu angkat kaki. Dilaporkan PSG mahukan Zinedine Zidane untuk mengisi tempat pengurus itu.

Ini bukan pertama kali PSG berminat dengan Zidane. Namun Zidane sebelum ini menegaskan bahawa beliau mahu berehat. Seterusnya GFFN melaporkan sebelum ini bahawa Zidane masih menunggu status Didier Deschamps selepas Piala Dunia 2022. Kerana Zidane lebih tertarik untuk menjadi pengurus pasukan Les Bleu.

Zidane juga pernah dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini, selain daripada Antonio Conte yang kemudian menyertai Spurs.

Selain daripada dua nama tersebut, beberapa nama lain juga dalam senarai mereka termasuk Luis Enrique yang kini bertugas bersama dengan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Namun beberapa bulan lalu, Enrique dengan terang terangan sudah menolak tawaran daripada mana mana pasukan buat masa ini kerana beliau sangat selesa dengan apa yang beliau ada di pasukan kebangsaan.

Rangnick akan memulakan konsultansi beliau musim hadapan. Bekerjasama dengan pengurusan tertinggi Man United dalam usaha mereka mahu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekali lagi.

Musim ini selepas berbelanja besar, United agak bergelut pada awal musim dan terpaksa memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam beberapa perlawanan terakhir ini, United masih gagal mendapatkan keputusan yang lebih baik. Tersingkir dari Piala FA dan diikat pasukan tangga tercorot Burnley. Dengan kemenangan West Ham dan kemudian Arsenal pada hari berikutnya, membuatkan United ditolak keluar dari 4 teratas sekali lagi.

United sangat berharap akan layak ke UCL musim hadapan. Rangnick sendiri menyatakan bahawa mereka semua akan berasa gembira kalau menamatkan musim ini di 4 teratas.

Baca yang lain