Rangnick Sahkan Martial Dah Beritahu Sendiri Dia Mahu Angkat Kaki

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mengesahkan bahawa pemain Perancis, Anthony Martial mahu angkat kaki dari kelab tersebut.

Beberapa minggu lalu, ejen kepada Martial, menjelaskan bahawa Martial mahu mencari pasukan yang menawarkan lebih minit permainan kepadanya.

Rangnick ketika itu amat kecewa kerana Martial tidak terus bercakap sendiri dengannya. Sebaliknya cakap cakap di media menerusi ejennya.

Rangnick juga menyatakan bahawa Manchester United dan sesiapa sahaja di dalam kelab tersebut tidak seharusnya memujuk mana mana pemain yang mahu pergi.

Ini kerana Man United kelab yang besar dan seharusnya pemain berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan Man United. Kerana ramai lagi pemain lain yang di luar sana mengimpikan peluang untuk menyarung jersi Red Devils.

Ragnick kemudian menegaskan bahawa Martial akhirnya datang berbincang dengan beliau soal masa depannya dalam satu perbincangan yang sangat panjang.

Martial sudah bersama Manchester United selama tujuh musim lamanya. Jadi Ragnick juga memahami kenapa pemain itu mahu pergi mencari cabaran baharu dalam kariernya.

Dalam kenyataan terbarunya, Rangnick menyatakan: “Anthony Martial mahu pergi. Dia memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk beliau mencari haluan baharu.”

“Namun buat masa ini tiada tawaran rasmi daripada kelab lain ke atas beliau. Ini bermakna, dia masih kekal di sini.”

Martial merupakan pemain yang dianggap sebagai prospek berpotensi besar ketika menyertai Manchester United dari Monaco.

Namun begitu, beliau gagal menyerlahkan potensinya secara konsisten. Beliau seringkali menjadi pemain simpanan dalam pasukan.

Sentiasa di belakang pemain seperti Marcus Rashford. Kini Manchester United sudah mendapatkan Ronaldo dan Sancho. Martial merasakan bahawa beliau lebih sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama.

Kini selepas masa yang lama di Old Trafford, Martial merasakan bahawa sekarang waktu yang tepat untuk dia mencari kelab baharu.

Beberapa nama kelab dikaitkan dengan Martial terutama sekali Sevilla. Martial pada masa yang sama masih mahu menyelamatkan karier antarabangsanya bersama Perancis.

Martial merupakan pemain penyerang sayap yang boleh beraksi di mana mana bahagian serangan. Dikenali dengan gaya permainan yang berasaskan kelincahan dan kepantasan, Martial kerapkali berdepan dengan masalah konsistensi.

Sebelum ini bekas pemain United dan bekas rakan sepasukan Martial di Monaco, Berbatov yakin bahawa Martial masih antara pemain yang hebat. Namun. Beliau berdepan dengan krisis keyakinan. Jadi Berbatov menyatakan bahawa pemain itu belum menjaringkan beberapa gol untuk menaikkan lagi keyakinannya.

Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Martial seringkali diberikan peluang untuk menonjolkan dirinya.

Jadi, ke manakah destinasi seterusnya Anthony Martial?

Baca yang lain